Melati Pujaan Tumasek


Teater Bangsawan 'Melati Pujaan Tumasek'.
Pementasan Teater Bangsawan Anjuran JKKN & DBKL Dengan Kerjasama Pertubuhan Bangsawan Warisan Moraza Negeri Perak Sempena Program Semarak Bangsawan 2010.


Sinopsis
Sultan Iskandar Shah ( lakonan Hilal Azman ) telah berkawin dengan Melati (lakonan Shahnoor Fadillah ) anak Bendahari Sang Rajuna Tapa. Melati dijadikan pemaisuri. Tun Kudus ( lakonan Nordin Othman ) telah berniat jahat untuk memfitnah Melati dan berpakat dengan Memanda Menteri.
Tanpa usul periksa Sultan percaya dengan kata-kata Memanda Menteri. Melati mempunyai skandal dengan Tun Mamat!. Hukuman sula dijatuhkan kepada Melati dan Tun Mamat tanpa usul periksa oleh Sultan. Untuk menuntut bela kematian anaknya, ayah Melati iaitu Sang Rajuna Tapa telah membantu Raden Gemala Birma dari kerajaan Majapahit menyerang Tumasek. Jatuhnya kerajaan Tumasek adalah disebabkan fitnah dan unsur dendam!
Komentar



Jika dilihat dari jalan penceritaan amat mudah dan penonton tahu penamatnya. Elemen bangsawan berjaya diterapkan dengan madah dan pantun serta kiasan yang menikam jiwa. Tersirat?!


Set serta props yang digunakan menarik tetapi kurang kemas secara keseluruhannya. Tidak banyak berubah cuma, rekaan set terbaik pada malam itu adalah babak Melati dan Tun Mamat disula. Terkilan kerana lagu muzik gamelan asli tiada malam itu, yang ada cuma muzik dari CD bukan secara 'live' mungkin dan gitar karen?. Tarian zapin ke tu? Mesti orang Johor marah nanti!
Tun Kudus yang brutal dan rock ( sebab rambut panjang )
-
Dari segi lakonan, selalunya dalam teater Bangsawan yang memainkan watak antagonis menjadi perhatian.Watak ini dimainkan cukup berkesan, dengan muka bengis dan tak handsome. Tun Kudus lakonan Nordin Othman menerima tepukan gemuruh di akhir pementasan.
Watak paling kurang digemari adalah Tun Mamat. Over! Ada ke nak kena sula mengeluarkan bunyi yang pelik! Penonton ketawa dan aku tersenyum nipis! Babak 'raja lawak' atau ngeri ni?. Hilal Azman sebagai sultan..ermm mungkin dah biasa berlakon di TV semasa Drama Swasta Minggu ini era 90-an di RTM. Dah beruban Hilal Azman, ke solekan? Banyak line yang tersasul oleh Hilal Azman.
Adegan sula-menyula dengan props dan penataan cahaya yang cukup baik. Kalau ada darah terpancut keluar lagi berkesan! Sula keluar darah ke?

Tak sah kalau teater bangsawan tiada adegan joget sebagai acara 'rehat' untuk pertukaran babak ke babak dan perubahan set dibelakang tabir. Aku ke port dulu!



Rating Teater Melati Pujaan Tumasek : 3.5 Bintang!
Nota Kaki Tun Kudus :
Tiket berharga RM5.00 adalah sumbangan badan kebajikan dan tokoh-tokoh seni dan budaya.
Teater Bangsawan seterusnya adalah pada 11-14 April 2010- Laksamana Do Re Mi iaitu Pementasan Teater Bangsawan Anjuran JKKN & DBKL dengan Kerjasama Rumpun Seni dan Teater Shah Alam Sempena Program Semarak Bangsawan 2010.

2 ulasan:

Anonymous March 14, 2010 at 3:57 AM  

Tak nampak pun kamu malam tadi?

-kelab teater rimba ukm-

aMan March 14, 2010 at 10:19 AM  

aku ada,hero kena lambat keluar

Post a Comment

Komen pembaca

Powered By Blogger
Related Posts with Thumbnails

Info Blog

Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia adalah bahagian terbesar serta guna tenaga teramai dalam Jabatan Pengurusan Sumber Manusia beroperasi di Tingkat 24, Ibu Pejabat DBKL, Menara 1. Fungsi adalah berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan DBKL merangkumi Elaun, Cuti, Pinjaman, Pencen, Pengesahan Dalam Perkhidmatan ,Jawatankuasa Pakaian Seragam serta menyimpan fail peribadi kakitangan DBKL sejumlah lebih 10 ribu kakitangan. Blog ini telah dirasmikan oleh Encik Jamal KUP pada 27.7.09.
Upadate: Telah bertukar nama kepada Unit Persaraan & Kemudahan mulai bulan September 2011