Pakaian Seragam Baru

Pakaian seragam atau lebih mesra dipanggil Pakaian Koprat akan mula dipakai dalam masa terdekat ini oleh 3157 kakitangan yang terlibat dalam Kumpulan Sokongan.

Pakaian ini direka khas oleh pereka terkenal oleh Rizalman. Pakaian seragam ini juga adalah selaras dengan Pekeling Perkhidmatan 9 Tahun 2007 serta Pekeling Perbendaharaan 11 Tahun 1990 mengenai Pembekalan Pakaian Seragam.

Selain itu juga ingin menunjukan imej DBKL kepada warga kota yang kemas,berketrampilan serta seragam ( sifat kekitaan )

Berikut adalah model-model Cat Walk yang menampilkan pakaian seragam DBKL yang akan dipakai oleh kakitangan yang terlibat. Ini hanya sebahagian sahaja kerana terlalu banyak warna dan rekaan.


Pegawai Khidmat Pelanggan ( Wanita ) Gred N17
( Komen oleh Hanif: Sangat cantik maksud saya bajunya tau )



Pembantu Jurufoto ( tidak termasuk jaket lagi ) B17
( Komen KK : Seperti jurufoto peribadi Michael Owen )

Pembantu Pertanian Gred G17
( Komen KK lagi : Hijau seperti Kelab Rumah Hijau di sekolah Rendah dulu yang sesuai dengan tanaman )

Penyelamat Gred N1
( Komen Abg Jamal : Tolong-tolong offfce abg ada buaya ,maksud abg buaya paya darat, mana skuad kecemasan penyelamat ni.)

Pekerja Awam ( Wanita ) - Gred R1
( Komen KK lagi dan lagi : Harap mereka pakai baju yang dibekalkan ini, jika tak pakai saya terpaksa ambil fail seorang diri di penjawatan :(

Terima kasih kepada model-model Bahagian Perkhidmatan dan juga Bahagian Kebajikan.
Satu Kakitangan Satu Bandaraya! Yeay!

Link kaitan
Rizalman
Pekeling Perbendaharaan

Bilik Fail Sulit



Bilik yang paling besar atau luas dibahagian ini bukanlah bilik Timbalan Pengarah atau bilik Penolong Pengarah sebenarnya, waima bilik air pun tidak dapat mengalahkan bilik ini :).

Bilik ini adalah sulit lagi menyulitkan dan dikenali Bilik Fail Bahagian Perkhidmatan. Fungsi bilik fail ini bukan sahaja menyimpan fail peribadi kakitangan yang berkhidmat dengan DBKL tetapi yang dah besara pun kami simpan tertakluk kepada Perintah Am: Aturan Fail serta mempunyai jaringan dengan Arkib Negara.

Bilik ini pernah dilawati Kementerian serta agensi lain kerana bilik ini sangat teruja dan kemas. Barangkali untuk ISO, bukan sahaja tiada NCR untuk bilik fail tetapi akan diiktiraf MS ISO 9001:2008 oleh SIRIM serta Arkib Negara.



Bilik ini diketuai oleh Encik Razali bin Hassan atau nama glamournya adalah Sifu Lie. Beliau sungguh tekun'melahirkan' fail baru sempena ISO. Kehebatan beliau ialah cekap menghafal kedudukan fail-fail Pengarah Jabatan di bilik fail ini. Sungguh hebat Sifu ini! Yeppi ! sambil tersenyum sifu-sifu ( sipu)


Timbalan Pengarah telah mengarahkan hanya nama tersebut boleh mengendalikan dan mengurusakan bilik ini. Sila berjumpa dengan mereka atau hubungi mereka melalui 3G.


Bilik ini sangat luas dan mudah tersesat kerana nombor gajinya. Satu pelan Petunjuk telah ditampal dihadapan pintu bilik ini, pelan ini bukanlah peta GPS atau Google Map.


Untuk keselamatan Sifu Lee dan Kak Ani yang menjadi penjaga bilik ini, pemadam api disediakan dan cara mengendalikan bolehlah berjumpa En Jamal selaku AJK Keselamatan Flat Sri Melaka atau Cik Sheila yang pernah menjadi Bendahari Kelab Pasukan Bomba di sekolah tidak lama dulu.


Yang ini bukan topi tapak projek Jurutera ( Awam ) - Gred J41, tetapi topi keselamatan jika fail yang memboyak terkena kepala anda. Juga disediakan topeng habuk dan bukannya topeng H1N1 tau!

Awas: Bilik ini tidak dibenarkan

1. Melepak
2. Mengumpat
3. Dating
4. Makan dan minum
5. Merokok
6. Melihat gambar awek-awek lawa yang baru masuk
7. Tido



Penilaian Khidmat Pelanggan


Selaras dengan ISO JPSM yang akan dijalankan, Timbalan Pengarah Perkhidmatan telah mengarahkan kakitangannya untuk memberi borang penilaian Khidmat Pelanggan dan juga gambar penilaian 'SENYUM' & 'MASAM' bertujuan menilai tahap kepuashatian pelanggan.


Kotak Penilaian Khidmat Pelanggan

" Jangan lupa undi saya, jika ada rasa abg ni suka senyum kepada Anda !!" - Abg Jamal sambil melayari Yahoo Massenger

Abg Jamal dan KUP N22

"Sebagaimana sedia maklum, kerajaan telah memutuskan supaya
Pegawai Kumpulan Sokongan yang berkhidmat 15 tahun dan lebih serta
masih berada di gred lantikan dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan
semasa boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat sebagaimana yang
ditetapkan dalam skim perkhidmatannya secara Khas Untuk Penyandang
(KUP) berkuat kuasa mulai 1 Julai 2009"Surat Pekeliling Perkhidmatan 2009 Bil.9


Abg Jamal sibuk mengemaskan barang untuk berpindah ke..


meja baru besebelahan meja beliau..beliau tidak ingin ditemuramah atau di ambil gambar kerana belum lagi dilantik secara rasmi KUP.

Kejohanan Futsal Tertutup JPSM 2009

Bahagian Perkhidmatan telah menganjurkan Pertandingan Futsal Tertutup JPSM, Encik Asri dan Hanif telah dipilih oleh diri mereka sendiri untuk menjadi penganjur kejohanan.

Pertandingan ini telah dijalankan pada 20.6.2009 antara jam 8.00 malam hingga 12.00 malam, bertempat di kompleks Sukan Bangsar. Pertandingan ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim dan menghilangkan tekanan kerja disebabkan oleh ISO. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada peserta yang mengorbankan sedikit masa terutamanya Encik Razman yang penat balik dari Klang kabarnya, Encik Rosmaini dan isteri, awek-awek JPSM yang sudi menyokong Arif dan Aziz, berikut adalah keputusanya :




Juara
( dari kiri: KK,ISA 'Ronaldo',Lokman ' Terry ', Syazwan 'Gerrad ', Hairy 'Potter' dan duduk : Arif 'Van Der Sarr' )




Naib Juara
( pada awalnya team ini dijangka team Belasahan, sungguh mengejutkan team lawak ini layak ke final )




Ketiga

( Team Red Devil@Dusun Tua ini sememangnya kuat tetapi nak buat macam mana sedangkan Harimau Muda FC kalah dengan Felda United :) )



Keempat

( Team Hanif Penganjur yang bakal disebut juara, terpaksa berpuashati dgn air mineral dan buah epal Chow Kit aje )



Kelima
( team kuda tua ini, pada awalnya mendapat sponsor daripada Adidas Made In Thailand tetapi En Zali sudah tersalah beli da, ini bukan jersi futsal tapi ini jersi Bola Jaring Lelaki )


Related Posts with Thumbnails

Info Blog

Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia adalah bahagian terbesar serta guna tenaga teramai dalam Jabatan Pengurusan Sumber Manusia beroperasi di Tingkat 24, Ibu Pejabat DBKL, Menara 1. Fungsi adalah berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan DBKL merangkumi Elaun, Cuti, Pinjaman, Pencen, Pengesahan Dalam Perkhidmatan ,Jawatankuasa Pakaian Seragam serta menyimpan fail peribadi kakitangan DBKL sejumlah lebih 10 ribu kakitangan. Blog ini telah dirasmikan oleh Encik Jamal KUP pada 27.7.09.
Upadate: Telah bertukar nama kepada Unit Persaraan & Kemudahan mulai bulan September 2011

There was an error in this gadget