Bukit Fraser: Perlawanan Bola Sepak Persahabatan

kredit gambar: Joe dan Byzura

Bertempat di Bukit Fraser (ada yang mengatakan Bukit Fraser ini lebih sejuk berbanding Cameron atau Genting), telah diadakan Perlawanan Persahabatan antara Pasukan Bola Sepak Bukit Fraser menentang JPSM FC.

Perjalanan kami bermula di Jalan Raja Laut,KL secara konvoi melalui Kuala Kubu ke sana.


kaki Bukit Fraser


Keh! Keh! Keh! (ini bukan kumpulan Scoin)


perhatikan sarung tangan brader Razali. Sejuk katanya. Sarung tangan ini adalah edisi khas sempena perlawanan persahabatan bola sepak dan ianya terhad. Kah! Kah! Kah!
(sarung tangan kebun)

Keh! Keh! Keh! (bukan kumpulan Spoon)



Ok, ini rumah peranginan kami untuk satu malam, dua hari..



milik DBKL.


mengatur strategi, 4-4-2 atau 1-2-3-4-5


awas: jangan ditiru aksi berbahaya ini.
Kecewa dengan cinta bukan ini caranya (ayat ini tiada kaitan dengan gambar, hik! hik! hik!)



Perlawanan kami bermula jam 5:15 petang waktu Bukit Fraser atau 9:15 pagi waktu London.


inilah 'team' JPSM FC yang baru ditubuhkan 10 minit yang lalu. Pengurus pasukan yang pakai baju merah. Jersi pula pinjam dari Puding FC (salah satu syarikat makanan puding yang terkenal di Hulu Langat kata Hanif)





sesi pemanas badan.

Rizal, penjaga gol yang akan dibolos kejap lagi.


Joe, pemain pertahanan yang cemerlang dan digelar kereta kebal.


Pengurus pasukan memberi tips. Beliau adalah pemain lagenda satu ketika dulu. Cuba cari dalam google nama beliau, taip Ian Rush. Mesti terkejut. Keh! Keh! Keh!


Hei! Ini nak main bola atau main gimnastik olimpik! Kah!Kah! Kah!


Aziz, penjaring gol kedua hasil tandukan pejam mata.


bukan tanda 'peace', ini tanda 'dua' bermakna kami jaringkan dua gol.


Keputusan: Bukit Fraser 3 - JPSM 2
(bergambar macam Liga Bolasepak Itali kata Hanif)
Kabus bukit serta cuaca sejuk walaupun waktu petang.



Ok, sebelah malam pula. Kami mengadakan majlis BBQ.

sejuk-sejuk begini, pekene ayam bakar.Peh!


mereka menunggu ayam bakar.



mereka ini adalah tukang 'seting' masakan.



tahukah anda, semua masakan ini hasil resepi dari kaum lelaki JPSM, tak caya sila tanya saksi di bawah.
di 'crop' dari fesbuk KK.


wahh, dah siap!


apa yang ditengok, apo laie jemput makan. :)


Aktiviti seterusnya,adalah menonton perlawanan Machester United vs Everton. 1-0. Ramai peminat MU rupanya. Cis!

Perlawanan seterusnya Liverpool vs Birmingham City. Liverpoool menang 5-0 tapi penyokong seorang sahaja malam itu. Ceh!

Gol!!(sebanyak 5 kali).


Berkemas pulang ke Kuala Lumpur (yang panas) pula...



sebelum pulang, kita bergambar dulu




Atiah tengah petik bunga..






selain merapatkan silaturahim dengan rakan-rakan JPSM, dapat juga member baharu. Hik!



Kalau pergi Paris tak sah bergambar di 'Eiffel Tower'. Bukit Fraser pula, jam ini kene bergambar.


Macam di Liverpool gayanya.


Hanif dan famili ceria.


"Mungkin lepas ini kita mencari kemenangan sulung di Cameron pula." KK


Nota Terima Kasih:

Ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang hadir serta yang memberi penajaan serta sokongan kepada kami termasuklah Pengarah JPSM, Timbalan Pengarah (Bahagian Perkhidmatan), Kak Mona (Ketua Team Bowling Perkhidmatan), Encik Abas.

Kredit juga kepada urusetia Ad-Hoc iaitu:
1. Encik Asri (pencetus idea di Restoran Bilal sebulan yang lalu)
2. Encik Anuar ( master of chef masakan)
3. Encik Jamal & Encik Asyraf (tukang masak)
4. Pemain bola JPSM dan juga seorang pemain import (nak senaraikan ramai, sila lihat gambar pasukan bola)
5. Ahli keluarga yang hadir
6. Encik Mazlan dan isteri (kakitangan rumah rehat Bukit Fraser DBKL)
serta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

*****
1.Pautan pelawat luar yang telah pergi Bukit Fraser : Fotopages Puan Baayah Bakri (gambar ditangkap memang cun)



Related Posts with Thumbnails

Info Blog

Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia adalah bahagian terbesar serta guna tenaga teramai dalam Jabatan Pengurusan Sumber Manusia beroperasi di Tingkat 24, Ibu Pejabat DBKL, Menara 1. Fungsi adalah berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan DBKL merangkumi Elaun, Cuti, Pinjaman, Pencen, Pengesahan Dalam Perkhidmatan ,Jawatankuasa Pakaian Seragam serta menyimpan fail peribadi kakitangan DBKL sejumlah lebih 10 ribu kakitangan. Blog ini telah dirasmikan oleh Encik Jamal KUP pada 27.7.09.
Upadate: Telah bertukar nama kepada Unit Persaraan & Kemudahan mulai bulan September 2011

There was an error in this gadget