Perubahan Nama Skim Perkhidmatan

Berikut adalah perubahan nama skim perkhidmatan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil.9 dan Bil. 11 Tahun 2009 :

* Gred U29, U32, U36, U38 & U40
1. Pembantu Perubatan ----> Penolong Pegawai Perubatan
2. Pembantu Farmasi -------> Penolong Pegawai Farmasi

* Gred J29, J36 & J38
3. Pembantu Teknik ( bidang jurutera )----> Penolong Jurutera
4. Pembantu Teknik ( seni bina) ----- > Penolong Pegawai Senibina
5. Pembantu Teknik ( ukur bahan )------> Penolong Juruukur Bahan
6. Pembantu Teknik Landskap------> Penolong Arkitek Landskap


Tarikh kuatkuasa adalah pada 2 JULAI 2009

Contoh ayat dalam buku perkhidmatan :
Telah dilantik secara tetap sebagai Penolong Jurutera ( Awam ) Gred J29 .....

Contoh ayat bahasa pasar :
" Mana TA JKA ni? den suruh dio betulkan jalan ni.. "
* TA merujuk kepada Pembantu Teknik

Pautan JPA :

Perubahan Nama Skim Perkhidmatan Pembantu Teknik Dan Pembantu Teknik Landskap

Perubahan Nama Skim Perkhidmatan Pembantu Perubatan Dan Pembantu Farmasi

Syawal

Kredit to Zura dan Asyraf yang menampal dan reka bentuk : Selamat Hari Raya di almari fail pencen


EID UL - FITR

Selamat Hari Raya diucapkan kepada penyokong setia blog ini terutamanya Mat Siong, Pelangi, Dik Manis, Abg Man ( Kebajikan ), Jerangkong, Sifu Lee, Abg Jem, Asri , Ayoi, Sheila,Asyraf, Rizal/Hafiz/Azie/Puan Irdawaty EO Tingkat 23 dan seluruh warga JPSM. Tidak lupa kepada Rosyam Nor, Mamak Tea-Tarik Restoran Bilal dan Restoran Hamid, Fasha Sandha, Rosnah Mat Aris, Khalid Jamlus dan Azwan Ali.


Maaf Zahir & Batin, jika ada catatan blog ini yang membuat pembaca terguris hati dan perasaan. Buat yang pulang ke kampung halaman. Ini ada pesanan


KEMALANGAN.

Kredit Foto : Rembat dari Google Image ( gambar terpaksa dikecilkan kerana terlalu ngeri )


Berhati-hatilah pulang ke kampung. Perlu diingat saban tahun menjelang musim perayaan, angka kematian disebabkan kecelakaan ini semakin meningkat. Semalam kerajaan telah menurunkan had kelajuan kepada 10 km/j bagi setiap jenis penggunaaan jalan raya.

Saman RM300.00 serta merta dikenakan jika memandu melebihi kelajuan 100km/j. Adakah ini berjaya mengurangkan kadar statistik kemalangan? Apakah motif Ops Sikap jika pemandu hanya mementingkan diri sendiri!! Ceh!



Doa Naik Kenderaan.
(Kredit: Copy dan Paste Google Image )


AYAH DAN IBU.

Kredit : Iklan Raya 2006


Kakak : " Adik dengan Kakak duduk dalam, ayah dan mak duduk luar "
Adik : " Nanti Ayah jangan lupa pakai lampin tau!! " - Sedutan dialog iklan Raya 2006 aka iklan " Ayah jangan lupa pakai lampin "

Sementara hayat ibu dan ayah masih ada, gembirakanlah hati mereka dengan kasih sayang dan yang telah meninggalkan kita, ziarahlah pusara mereka serta sedekah Al-Fatihah di pagi Syawal.Sambil memakan ketupat atau lontong, hayati dan fahami iklan raya Petronas tentang erti keikhlasan dan kemanusian.



DUIT RAYA.

Maaf tiada duit kecil. Ini sahaja dapat diberi ( RM 1000.00). Silalah print color dan segala kesulitan adalah tanggungjawab sendiri. : ). Khas buat Cik Pelangi. Kalau tak cukup, cakap tau. Yeapii! Raya!! Nyet Nyet!!


Salam Syawal 1430. Sedih meninggalkan kerahmatan serta keampunan Ramadhan.


Nota Kaki Abg Jamal :

Jadual PLUS : Perjalanan Ke Utara dan Selatan
Pekeliling Bantuan Khas Kewangan 2009 - Raya

Sayonara Bahagian Kebajikan

Tidak dapat dikenalpasti sejarah Bahagian Kebajikan mula menduduki tingkat 24 bersama dengan Bahagian Perkhidmatan.

Menurut catatan batu bersurat menyatakan tahun 2001 dan menurut cerita dogeng lagenda adalah pada tahun 2004. Bahagian Kebajikan hanya mempunyai kakitangan yang kecil dan diketuai oleh Encik Zainal.

Pada tarikh Hari Malaysia, Bahagian Kebajikan secara rasmi mengosongkan tempatnya di tingkat 24. Bahagian Perkhidmatan ingin mengucapkan terima kasih di atas kaliborasi bersama Bahagian Perkhidmatan selama ini.

Mereka akan berpindah dan beroperasi di Tingkat 1 ( bersebelahan dengan bilik mel ).


Kasi Pecah!!


1, 2 , 3..angkat ini meja


Abg Man yang meminati lagu Deep Purple : Soldier of fortune


Cergas



Kak Linda dihari terakhir beliau di aras 24



Gambar kenangan bersama Abg Man dan Hairy - Rakan-rakan FIFA 2008



Sifu Lee Memberi Hadiah Kenangan kepada Encik Zainal


Buku Skim Gaji 2007 sebagai hadiah kenangan


Bersedia berlepas ke Liverpool


Ground zero : Lengang lagi licin ( bekas tapak Abg Man dan Isa bermain konda kondi satu ketika dulu)

Nur Ramadhan di Masjid 'Besi'

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya.


Majlis Berbuka anjuran Kementerian Wilayah


Pemandangan dari aras 2


Wudhuk


Pelawat diminta menjaga adab




Asma Ul- Husna


Pandangan luar


Pandangan dalam



Dewan Solat


Bumbung


Kubah


Dinding Mihrab. Solat Tarawih bersama.


Goody Bag untuk wakil Bahagian Perkhidmatan + RM 100 sumbangan kementerian ?!

Nota : Bahagian perkhidmatan telah menghantar 1 orang wakil sahaja. :"(

Link Maklumat : ' Masjid Besi ' yang tiada kipas atau air-cond

Duit Raya

Bukan duit pinjaman peribadi dari Bank Rakyat atau Swiss Bank,



bukan duit elaun KUP N22 atau Bantuan Kewangan Hari Raya RM250.00 + Rm 250.00


dan bukan juga duit MLM Ikan Keli atau Duit Jual Bunga Api


Tetapi, ini Duit Raya. Hasil simpanan mereka setiap bulan kepada orang yang mereka amat percayai. Mungkin! Orang itu Encik Jamal. Tiada deposit atau bunga. Sebelum raya duit yang disimpan akan diperolehi dengan penuh senyuman.


Salah seorang penyimpan 'Duit Raya'. Mungkin penyimpan tersebut ingin ke wakil pengedar Perodua selepas ini , bayar duit muka ViVa.


Encik Jamal sibuk memberi 'duit raya ' . Bank Negara Malaysia pun tak sibuk macam ini



Hitam putih perlu ada untuk mengelakkan keliru dan orang yang menjaga mudah lupa atau tertidur.


Amin. Masyuk


Jangan lupa membayar Zakat Fitrah bagi menggantikan segantang beras ( RM 7.00 bagi Wilayah Perseketuan) - gambar sekadar hiasan -

KK : " Ini duit kutu ?"
Abg J : " Ishhh, ini bukan duit kutu lah, Ini duit simpan raya "
KK : " OO"
Abg J : " Jomlah masuk, bulan-bulan bayar "
KK : " OO"
Abg J : " Duit ini boleh buat persiapan raya"
KK: "OO"
Abg J : " Asyik OOOO..O,P,Q,R,S,T,U,V,W,X,Y,Z "

KK berlalu pergi menuju ke Pejabat Pos untuk urusan penyimpanan Amanah Saham Bumiputera ( ASB )


Link Paut -Memaut :

1. AKTA 28 : AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971
2 Kewajipan membayar Zakat
3. Kadar Zakat Mengikut Negeri 1430H/2009

Al-Qadr


"Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr, ayat 3)

"Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut)" ( Surah al-Qadr, ayat 4 )

Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang ertinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -

Moga dosa-dosa kita diampunkan Nya. Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita, adakah kita dapat bertemu dengan Ramadhan ini tahun hadapan?

Wallah hu 'Alam. Yang baik itu datang dari Allah s.w.t.

Link Bacaan :
1. Lailatul Qadar tanda manusia dikasihi Allah
2.ANTARA TANDA-TANDA LAILATUL QADAR
3.Surat Al-Qadr (The Power) - سورة القدر

Ketupat


( sedap dimakan dengan rendang atau kuah kacang..nyum nyum tunggu kau En Ketupat..aku belasah sampai lebam time raya )

Ketupat atau Hanging Rice ( dalam bahasa Hollywood ) amat sedap dimakan di pagi raya. Tetapi kita lupa dan mungkin ada yang tidak tahu bagaimana cara menganyam ketupat. Ketupat adalah simbol kepada kemeriahan raya di Tanah Melayu dan ketupat tidak terdapat di Old Trofford atau Papa New Guinea.

Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakala ketupat nasi dibuat daripada beras atau padi. Pada akhir tahun 1990, ketupat tidak dibalut dengan daun kelapa tetapi dibungkus dengan plastik dan dikukus dalam periuk elektrik.Ketupat sebegini dinamakan nasi himpit. Walaupun ada yang merungut bau tidak seenak dahulu, itu tidak jadi masalah, kerana makan tetap makan..teriak Abg Jamal.


" Apo lagi, jom kito gantong Ketupat..move move! move!!!" - Abgg Jammal..opss nanti zura marah salah eja. Abg Jamal memberi arahan seperti Diktaktor KUP N22


" Tunggulah abg jamal, saya nak siapkan ketupat ni, nilah resepi saya. Ayam digolek ketupat hijau kuning. Saya nak buat kejutan kepada Abg Man" - Mohd Isa a.k.a Rooney, Awie Wings dan model Kamdar sambil bermain komputer Abg Man aka Encik Razman


" Mmmm..ini bukan Kuih Baulu atau Kuih Tat Nenas tau " - Asyraf aka Eric Leong dan Perunding
Reka Letak Casa Impian.


" Ye, akak-akak dan makcik-makcik, hari ni saya akan buat kejutan kepada Abg Man ..ala macam dalam Casa Impian tu..suprise!! "


" Hehehe, tak dapat masuk TV dapat masuk blog pun jadilah. Eeee satu dunia tengok aku. Hai Fasha Sandha dan Britney Spears, saya Mohd Isa. Umur 18"


" Uhhhh, penatnya. Harap SKT aku tinggi tahun ini.Penat aku berlakon ni "



Inilah mangsa ketupat kita yang melarikan diri ke Jalan Raja Laut iaitu..

Abg Man ( Kebajikan, JPSM Tingkat 24 ) dalam rancangan Casa Impian Ketupat.



Suprise!!
" Tak suprise langsung pun..uhuhuhu! " gelak abg jamal


Berikut adalah pautan ketupat

Related Posts with Thumbnails

Info Blog

Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia adalah bahagian terbesar serta guna tenaga teramai dalam Jabatan Pengurusan Sumber Manusia beroperasi di Tingkat 24, Ibu Pejabat DBKL, Menara 1. Fungsi adalah berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan DBKL merangkumi Elaun, Cuti, Pinjaman, Pencen, Pengesahan Dalam Perkhidmatan ,Jawatankuasa Pakaian Seragam serta menyimpan fail peribadi kakitangan DBKL sejumlah lebih 10 ribu kakitangan. Blog ini telah dirasmikan oleh Encik Jamal KUP pada 27.7.09.
Upadate: Telah bertukar nama kepada Unit Persaraan & Kemudahan mulai bulan September 2011

There was an error in this gadget