Syawal

Kredit to Zura dan Asyraf yang menampal dan reka bentuk : Selamat Hari Raya di almari fail pencen


EID UL - FITR

Selamat Hari Raya diucapkan kepada penyokong setia blog ini terutamanya Mat Siong, Pelangi, Dik Manis, Abg Man ( Kebajikan ), Jerangkong, Sifu Lee, Abg Jem, Asri , Ayoi, Sheila,Asyraf, Rizal/Hafiz/Azie/Puan Irdawaty EO Tingkat 23 dan seluruh warga JPSM. Tidak lupa kepada Rosyam Nor, Mamak Tea-Tarik Restoran Bilal dan Restoran Hamid, Fasha Sandha, Rosnah Mat Aris, Khalid Jamlus dan Azwan Ali.


Maaf Zahir & Batin, jika ada catatan blog ini yang membuat pembaca terguris hati dan perasaan. Buat yang pulang ke kampung halaman. Ini ada pesanan


KEMALANGAN.

Kredit Foto : Rembat dari Google Image ( gambar terpaksa dikecilkan kerana terlalu ngeri )


Berhati-hatilah pulang ke kampung. Perlu diingat saban tahun menjelang musim perayaan, angka kematian disebabkan kecelakaan ini semakin meningkat. Semalam kerajaan telah menurunkan had kelajuan kepada 10 km/j bagi setiap jenis penggunaaan jalan raya.

Saman RM300.00 serta merta dikenakan jika memandu melebihi kelajuan 100km/j. Adakah ini berjaya mengurangkan kadar statistik kemalangan? Apakah motif Ops Sikap jika pemandu hanya mementingkan diri sendiri!! Ceh!



Doa Naik Kenderaan.
(Kredit: Copy dan Paste Google Image )


AYAH DAN IBU.

Kredit : Iklan Raya 2006


Kakak : " Adik dengan Kakak duduk dalam, ayah dan mak duduk luar "
Adik : " Nanti Ayah jangan lupa pakai lampin tau!! " - Sedutan dialog iklan Raya 2006 aka iklan " Ayah jangan lupa pakai lampin "

Sementara hayat ibu dan ayah masih ada, gembirakanlah hati mereka dengan kasih sayang dan yang telah meninggalkan kita, ziarahlah pusara mereka serta sedekah Al-Fatihah di pagi Syawal.Sambil memakan ketupat atau lontong, hayati dan fahami iklan raya Petronas tentang erti keikhlasan dan kemanusian.



DUIT RAYA.

Maaf tiada duit kecil. Ini sahaja dapat diberi ( RM 1000.00). Silalah print color dan segala kesulitan adalah tanggungjawab sendiri. : ). Khas buat Cik Pelangi. Kalau tak cukup, cakap tau. Yeapii! Raya!! Nyet Nyet!!


Salam Syawal 1430. Sedih meninggalkan kerahmatan serta keampunan Ramadhan.


Nota Kaki Abg Jamal :

Jadual PLUS : Perjalanan Ke Utara dan Selatan
Pekeliling Bantuan Khas Kewangan 2009 - Raya

0 ulasan:

Post a Comment

Komen pembaca

Powered By Blogger
Related Posts with Thumbnails

Info Blog

Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia adalah bahagian terbesar serta guna tenaga teramai dalam Jabatan Pengurusan Sumber Manusia beroperasi di Tingkat 24, Ibu Pejabat DBKL, Menara 1. Fungsi adalah berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan DBKL merangkumi Elaun, Cuti, Pinjaman, Pencen, Pengesahan Dalam Perkhidmatan ,Jawatankuasa Pakaian Seragam serta menyimpan fail peribadi kakitangan DBKL sejumlah lebih 10 ribu kakitangan. Blog ini telah dirasmikan oleh Encik Jamal KUP pada 27.7.09.
Upadate: Telah bertukar nama kepada Unit Persaraan & Kemudahan mulai bulan September 2011