Duit Raya

Bukan duit pinjaman peribadi dari Bank Rakyat atau Swiss Bank,



bukan duit elaun KUP N22 atau Bantuan Kewangan Hari Raya RM250.00 + Rm 250.00


dan bukan juga duit MLM Ikan Keli atau Duit Jual Bunga Api


Tetapi, ini Duit Raya. Hasil simpanan mereka setiap bulan kepada orang yang mereka amat percayai. Mungkin! Orang itu Encik Jamal. Tiada deposit atau bunga. Sebelum raya duit yang disimpan akan diperolehi dengan penuh senyuman.


Salah seorang penyimpan 'Duit Raya'. Mungkin penyimpan tersebut ingin ke wakil pengedar Perodua selepas ini , bayar duit muka ViVa.


Encik Jamal sibuk memberi 'duit raya ' . Bank Negara Malaysia pun tak sibuk macam ini



Hitam putih perlu ada untuk mengelakkan keliru dan orang yang menjaga mudah lupa atau tertidur.


Amin. Masyuk


Jangan lupa membayar Zakat Fitrah bagi menggantikan segantang beras ( RM 7.00 bagi Wilayah Perseketuan) - gambar sekadar hiasan -

KK : " Ini duit kutu ?"
Abg J : " Ishhh, ini bukan duit kutu lah, Ini duit simpan raya "
KK : " OO"
Abg J : " Jomlah masuk, bulan-bulan bayar "
KK : " OO"
Abg J : " Duit ini boleh buat persiapan raya"
KK: "OO"
Abg J : " Asyik OOOO..O,P,Q,R,S,T,U,V,W,X,Y,Z "

KK berlalu pergi menuju ke Pejabat Pos untuk urusan penyimpanan Amanah Saham Bumiputera ( ASB )


Link Paut -Memaut :

1. AKTA 28 : AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971
2 Kewajipan membayar Zakat
3. Kadar Zakat Mengikut Negeri 1430H/2009

3 ulasan:

Anonymous September 14, 2009 at 1:11 AM  

nak duit raya cket... *sambil buat muka sposen*
tp jgn ar bg seposen jer.. bg la sepoloh ringgit ke.. jd ler nk buat tambang blik raya ni..(^_^)
-PELANGI

Anonymous September 14, 2009 at 3:34 PM  

Pelangi boleh berjumpa dengan En.Jamal untuk menyimpan.
simpan jgn tak simpan.simpan sampai sblum seminggu raya dapat.

-kutu-

Anonymous September 15, 2009 at 6:09 PM  

takmo la simpan..
takde sape nk bg dwit raya kt sy..tsk!
sy mau duit raya...!!!!!
-pelangi

Post a Comment

Komen pembaca

Powered By Blogger
Related Posts with Thumbnails

Info Blog

Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia adalah bahagian terbesar serta guna tenaga teramai dalam Jabatan Pengurusan Sumber Manusia beroperasi di Tingkat 24, Ibu Pejabat DBKL, Menara 1. Fungsi adalah berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan DBKL merangkumi Elaun, Cuti, Pinjaman, Pencen, Pengesahan Dalam Perkhidmatan ,Jawatankuasa Pakaian Seragam serta menyimpan fail peribadi kakitangan DBKL sejumlah lebih 10 ribu kakitangan. Blog ini telah dirasmikan oleh Encik Jamal KUP pada 27.7.09.
Upadate: Telah bertukar nama kepada Unit Persaraan & Kemudahan mulai bulan September 2011