Jamuan 'Persaraan' Pelajar Praktikal

( Foto di atas dirembat dari Fesbuk Aimi )
Ini Aimi Nadiah
Pelajar Latihan Industri dari UitM
Bujang. Lahir 1986.
Asal: Kelantan


Aimi telah menjalani latihan praktikal selama 6 bulan di JPSM dan Bahagian Perkhidmatan adalah bahagian paling lama Aimi menjalani praktikal. Bahagian Perkhidmatan telah mengadakan jamuan secara sederhana tetapi meriah untuk Aimi sebagai tanda penghargaan beliau. Terima Kasih Aimi!


Cerderhati dari Bos

Cik Ana tekun ambil foto untuk sedut masuk dalam fesbuk!


Tukang Masak dan Pembantu Tukang Masak.


Aksi pun bermula..




Maafkan saya, Abg K.S! Terlupa nak beli aiskrim kegemaran abg K.S


Kuih Kak Yah memang sodap!


Maaf tiada kaitan dengan tajuk.
Selipar Croc baru beli sempena gaji.

Model : Hanif Langat


Nota Terima Kasih:
Ucapan terima kasih kepada Aimi yang banyak membantu mengemaskini minit bilik fail. Kenangan bersama Aimi tetap terpahat di dalam bilik fail oleh Bahagian Perkhidmatan.

Link:
Fesbuk Aimi Nadiah

Raja Sehari (Adik Ayoi)

13.3.2010
{ Shamsul Nizam (adik Ayoi ) & Nissa }
Ikatan cinta antara Taiping, Perak dan Kuala Lipis,Pahang
-
-
Bukan tekat sebarang tekat,
Tekat menjadi hiasan kain.
Bukan hajat sebarang hajat,
Hajat merasmikan nikah kahwin.



Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat
-
-
Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua
-
-
Orang membelat di tepi pantai,
Banyak dapat ikan tembakul.
Yang kami hajat sudah tercapai,
Yang kami doakan sudah terkabul.
-
-

Team Penanggah Taiping Perak
Ketua Penanggah : En. Ayoi


Adik-adik ayoi bergambar bersama abang dan kakak ipar


Ayoi dan orang rumah tengah tunggu acara potong kek mungkin


Gadis Bunga Telur :)
-

-
-

Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di daun pandan
Duduk seiring bersentuh bahu
Sama cantik sama padan
-
-
Info Hasbullah Awang : Shamsul Nizam adalah rakan temuduga kontrak tahun 2007 bersama Torres, Nesya, Shah ( Perjawatan ) dan Lebai Malang Dani ( Perancang ) . Mengenali Sham semasa bersama menyertai kawad kaki sempena 50 Tahun Kemerdekaan Negara.
Tetapi telah mendapat peluang lebih baik dan bekerja di syarikat pengangkutan terkemuka di Malaysia hingga sekarang.
-
-
Kredit Foto : Dirembat di fesbuk Shamsul Nizam . Terima kasih bro! Moga jodoh kekal hingga ke akhir hayat.

Melati Pujaan Tumasek


Teater Bangsawan 'Melati Pujaan Tumasek'.
Pementasan Teater Bangsawan Anjuran JKKN & DBKL Dengan Kerjasama Pertubuhan Bangsawan Warisan Moraza Negeri Perak Sempena Program Semarak Bangsawan 2010.


Sinopsis
Sultan Iskandar Shah ( lakonan Hilal Azman ) telah berkawin dengan Melati (lakonan Shahnoor Fadillah ) anak Bendahari Sang Rajuna Tapa. Melati dijadikan pemaisuri. Tun Kudus ( lakonan Nordin Othman ) telah berniat jahat untuk memfitnah Melati dan berpakat dengan Memanda Menteri.
Tanpa usul periksa Sultan percaya dengan kata-kata Memanda Menteri. Melati mempunyai skandal dengan Tun Mamat!. Hukuman sula dijatuhkan kepada Melati dan Tun Mamat tanpa usul periksa oleh Sultan. Untuk menuntut bela kematian anaknya, ayah Melati iaitu Sang Rajuna Tapa telah membantu Raden Gemala Birma dari kerajaan Majapahit menyerang Tumasek. Jatuhnya kerajaan Tumasek adalah disebabkan fitnah dan unsur dendam!
Komentar



Jika dilihat dari jalan penceritaan amat mudah dan penonton tahu penamatnya. Elemen bangsawan berjaya diterapkan dengan madah dan pantun serta kiasan yang menikam jiwa. Tersirat?!


Set serta props yang digunakan menarik tetapi kurang kemas secara keseluruhannya. Tidak banyak berubah cuma, rekaan set terbaik pada malam itu adalah babak Melati dan Tun Mamat disula. Terkilan kerana lagu muzik gamelan asli tiada malam itu, yang ada cuma muzik dari CD bukan secara 'live' mungkin dan gitar karen?. Tarian zapin ke tu? Mesti orang Johor marah nanti!
Tun Kudus yang brutal dan rock ( sebab rambut panjang )
-
Dari segi lakonan, selalunya dalam teater Bangsawan yang memainkan watak antagonis menjadi perhatian.Watak ini dimainkan cukup berkesan, dengan muka bengis dan tak handsome. Tun Kudus lakonan Nordin Othman menerima tepukan gemuruh di akhir pementasan.
Watak paling kurang digemari adalah Tun Mamat. Over! Ada ke nak kena sula mengeluarkan bunyi yang pelik! Penonton ketawa dan aku tersenyum nipis! Babak 'raja lawak' atau ngeri ni?. Hilal Azman sebagai sultan..ermm mungkin dah biasa berlakon di TV semasa Drama Swasta Minggu ini era 90-an di RTM. Dah beruban Hilal Azman, ke solekan? Banyak line yang tersasul oleh Hilal Azman.
Adegan sula-menyula dengan props dan penataan cahaya yang cukup baik. Kalau ada darah terpancut keluar lagi berkesan! Sula keluar darah ke?

Tak sah kalau teater bangsawan tiada adegan joget sebagai acara 'rehat' untuk pertukaran babak ke babak dan perubahan set dibelakang tabir. Aku ke port dulu!



Rating Teater Melati Pujaan Tumasek : 3.5 Bintang!
Nota Kaki Tun Kudus :
Tiket berharga RM5.00 adalah sumbangan badan kebajikan dan tokoh-tokoh seni dan budaya.
Teater Bangsawan seterusnya adalah pada 11-14 April 2010- Laksamana Do Re Mi iaitu Pementasan Teater Bangsawan Anjuran JKKN & DBKL dengan Kerjasama Rumpun Seni dan Teater Shah Alam Sempena Program Semarak Bangsawan 2010.

Menuntut Ilmu Biar Sampai Ke JPA

Bahagian Perkhidmatan, JPSM telah menghantar wakilnya iaitu Puan Izan ( Skop Tugas : GCR ), En. Hanif Langat ( Rekod Cuti ), Encik Rosmaini ( Elaun ), En. Asri Arsenal ( Elaun ) dan En. Torres ( tuntut ilmu nak temuduga ) yang diketuai oleh Puan Mariyani bagi sesi pembelanjaran dan persedian PTK anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia ( JPA ) mulai 8:30 petang hingga 4:30 petang.


En. Rosmaini bersemangat untuk menuntut ilmu setelah peralihan tugas Sheila yang bertukar ke UKK.


Jabatan Perkhidmatan Awam adalah nadi utama kepada sektor awam di Malaysia dan boleh diibaratkan seperti Jabatan Pengurusan Sumber Manusia bagi perkhidmatan awam.


Pintu masuk JPA : Sejarah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sejak 1968. Sebelum ini dikenali Pejabat Perjawatan Tanah Melayu pada 22.8.1934 di Singapura.


'Kuliah' pun bermula dengan tajuk : Perintah Am Bab B- Elaun-Elaun dalam Perkhidmatan. Nota sisipan diberi. Bertalu-talu soalan ditanya kepada PTD JPA.



Selesai 'kuliah'. Debat pun bermula membincangkan dari aspek isi dan juga kefahaman 'kuliah' termasuklah membincangkan elaun main golf?


Hanif Langat poning kerana Perintah Am mengenai Cuti dalam perkhidmatan terpaksa ditunda minggu depan.


Sekadar bukti kes!


Soalan mengenai Perintah Am : Perubatan. Layak atau tidak?

Nota kaki Hanif Langat : Terima kasih kepada Joe yang sudi ulang-alik menghantar kami walaupun tugasnya di Bandar Wawasan.

Maklumat mengenai faedah-faedah kakitangan awam :

1. Sistem Saraan Malaysia berkaitan dengan Cuti, Pinjaman dan Elaun
2. Soalan lazim gaji-elaun kepada JPA

Apa Yang Penting, Kerjasama!!

Jadual Tugas Memasak Air bertujuan untuk mengelakkan kakitangan keluar minum petang di Kantin serta meningkatkan kerjasama berpasukan. Tidak sampai 15 minit air milo, tea, tea-o serta kadang-kadang Nescafe berjaya dihidangkan oleh pembancuh air profesional ( En. Anuar ) dengan sedikit biskut bujang sebagai kudapan.



"Siapa bertugas masak air petang ni!!" teriak Zura dengan penuh manja. ( baca: Zura yang bikin jadual ini )



" Sayalah siapa lagi, bini saya mesti menitis air mata melihat kejadian ini, rebus air pun tak pernah kat rumah" - En. Razali aka Sifu Lee malu gambar dirakamkan


" Macam mana nak bukak alat ni, aku ingat pembakar roti tadi " - Sifu Lee


" Kak Gee, hari ni saya nak masak air,nasi dan roti bakar. Pakej 3 dalam satu. " - Sifu Lee ingin membuat Fuyo Magic


Sudah minum sila basuh, jangan tinggalkan untuk buat eksperimen biologi atau kimia hingga ke pagi esok.Nanti berbau gas amonia. Sejak En.Jamal cuti sakit, dapur dan jadi rumah setinggan Nepal!


Apa yang lebih penting gaji lambat lagi, salah satu menjimatkan tenaga dan juga wang ringgit!

Info : Milo Bring Out The Champion In You


Semoga Cepat Sembuh

Ini Encik Jamal. Baru-baru ini beliau telah ditimpa kemalangan setelah beberapa bulan dilantik sebagai KUP N22. Beliau datang secara mengejut sambil mencari biskut cap ping pong. Sekarang ini tangan Encik Jamal telah dimasukkan besi. Besi kecil untuk menyokong keretakan tulang tangan.
Dek kerana tidak tahan dengan rayuan dan simpati Abang Jamal, Kak Mala memberi 88 keping biskut berjenama. Abang Jamal memerhatikan penulis tanda tidak puas hati sebab tiada makanan lazat untuknya. Yang ado, cuma gula-gula Hacks sahaja. :)
Sila makan ubat ini selepas makan. Sejam telan 56 kapsul!. Maaf salah baca, itu kuantiti kapsul dalam botol.


" Dulu abang sakit dok kat Wad HUKM, abang minta nasi tambah kat nurse bila waktu makan tiba. Tapi dia tak bagi, kini selera makan abang semakin 'tajam' " - rintih Abang Jamal yang juga suka makan Petai dan Jering sebagai ala-carte dalam menu dietnya.

* Semoga cepat sembut Abang Jamal dan boleh bekerja serta beraksi seperti biasa.


Related Posts with Thumbnails

Info Blog

Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia adalah bahagian terbesar serta guna tenaga teramai dalam Jabatan Pengurusan Sumber Manusia beroperasi di Tingkat 24, Ibu Pejabat DBKL, Menara 1. Fungsi adalah berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan DBKL merangkumi Elaun, Cuti, Pinjaman, Pencen, Pengesahan Dalam Perkhidmatan ,Jawatankuasa Pakaian Seragam serta menyimpan fail peribadi kakitangan DBKL sejumlah lebih 10 ribu kakitangan. Blog ini telah dirasmikan oleh Encik Jamal KUP pada 27.7.09.
Upadate: Telah bertukar nama kepada Unit Persaraan & Kemudahan mulai bulan September 2011

There was an error in this gadget