Pakaian Seragam Baru

Pakaian seragam atau lebih mesra dipanggil Pakaian Koprat akan mula dipakai dalam masa terdekat ini oleh 3157 kakitangan yang terlibat dalam Kumpulan Sokongan.

Pakaian ini direka khas oleh pereka terkenal oleh Rizalman. Pakaian seragam ini juga adalah selaras dengan Pekeling Perkhidmatan 9 Tahun 2007 serta Pekeling Perbendaharaan 11 Tahun 1990 mengenai Pembekalan Pakaian Seragam.

Selain itu juga ingin menunjukan imej DBKL kepada warga kota yang kemas,berketrampilan serta seragam ( sifat kekitaan )

Berikut adalah model-model Cat Walk yang menampilkan pakaian seragam DBKL yang akan dipakai oleh kakitangan yang terlibat. Ini hanya sebahagian sahaja kerana terlalu banyak warna dan rekaan.


Pegawai Khidmat Pelanggan ( Wanita ) Gred N17
( Komen oleh Hanif: Sangat cantik maksud saya bajunya tau )



Pembantu Jurufoto ( tidak termasuk jaket lagi ) B17
( Komen KK : Seperti jurufoto peribadi Michael Owen )

Pembantu Pertanian Gred G17
( Komen KK lagi : Hijau seperti Kelab Rumah Hijau di sekolah Rendah dulu yang sesuai dengan tanaman )

Penyelamat Gred N1
( Komen Abg Jamal : Tolong-tolong offfce abg ada buaya ,maksud abg buaya paya darat, mana skuad kecemasan penyelamat ni.)

Pekerja Awam ( Wanita ) - Gred R1
( Komen KK lagi dan lagi : Harap mereka pakai baju yang dibekalkan ini, jika tak pakai saya terpaksa ambil fail seorang diri di penjawatan :(

Terima kasih kepada model-model Bahagian Perkhidmatan dan juga Bahagian Kebajikan.
Satu Kakitangan Satu Bandaraya! Yeay!

Link kaitan
Rizalman
Pekeling Perbendaharaan

0 ulasan:

Post a Comment

Komen pembaca

Powered By Blogger
Related Posts with Thumbnails

Info Blog

Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia adalah bahagian terbesar serta guna tenaga teramai dalam Jabatan Pengurusan Sumber Manusia beroperasi di Tingkat 24, Ibu Pejabat DBKL, Menara 1. Fungsi adalah berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan DBKL merangkumi Elaun, Cuti, Pinjaman, Pencen, Pengesahan Dalam Perkhidmatan ,Jawatankuasa Pakaian Seragam serta menyimpan fail peribadi kakitangan DBKL sejumlah lebih 10 ribu kakitangan. Blog ini telah dirasmikan oleh Encik Jamal KUP pada 27.7.09.
Upadate: Telah bertukar nama kepada Unit Persaraan & Kemudahan mulai bulan September 2011