Bilik Fail Sulit



Bilik yang paling besar atau luas dibahagian ini bukanlah bilik Timbalan Pengarah atau bilik Penolong Pengarah sebenarnya, waima bilik air pun tidak dapat mengalahkan bilik ini :).

Bilik ini adalah sulit lagi menyulitkan dan dikenali Bilik Fail Bahagian Perkhidmatan. Fungsi bilik fail ini bukan sahaja menyimpan fail peribadi kakitangan yang berkhidmat dengan DBKL tetapi yang dah besara pun kami simpan tertakluk kepada Perintah Am: Aturan Fail serta mempunyai jaringan dengan Arkib Negara.

Bilik ini pernah dilawati Kementerian serta agensi lain kerana bilik ini sangat teruja dan kemas. Barangkali untuk ISO, bukan sahaja tiada NCR untuk bilik fail tetapi akan diiktiraf MS ISO 9001:2008 oleh SIRIM serta Arkib Negara.



Bilik ini diketuai oleh Encik Razali bin Hassan atau nama glamournya adalah Sifu Lie. Beliau sungguh tekun'melahirkan' fail baru sempena ISO. Kehebatan beliau ialah cekap menghafal kedudukan fail-fail Pengarah Jabatan di bilik fail ini. Sungguh hebat Sifu ini! Yeppi ! sambil tersenyum sifu-sifu ( sipu)


Timbalan Pengarah telah mengarahkan hanya nama tersebut boleh mengendalikan dan mengurusakan bilik ini. Sila berjumpa dengan mereka atau hubungi mereka melalui 3G.


Bilik ini sangat luas dan mudah tersesat kerana nombor gajinya. Satu pelan Petunjuk telah ditampal dihadapan pintu bilik ini, pelan ini bukanlah peta GPS atau Google Map.


Untuk keselamatan Sifu Lee dan Kak Ani yang menjadi penjaga bilik ini, pemadam api disediakan dan cara mengendalikan bolehlah berjumpa En Jamal selaku AJK Keselamatan Flat Sri Melaka atau Cik Sheila yang pernah menjadi Bendahari Kelab Pasukan Bomba di sekolah tidak lama dulu.


Yang ini bukan topi tapak projek Jurutera ( Awam ) - Gred J41, tetapi topi keselamatan jika fail yang memboyak terkena kepala anda. Juga disediakan topeng habuk dan bukannya topeng H1N1 tau!

Awas: Bilik ini tidak dibenarkan

1. Melepak
2. Mengumpat
3. Dating
4. Makan dan minum
5. Merokok
6. Melihat gambar awek-awek lawa yang baru masuk
7. Tido



0 ulasan:

Post a Comment

Komen pembaca

Powered By Blogger
Related Posts with Thumbnails

Info Blog

Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia adalah bahagian terbesar serta guna tenaga teramai dalam Jabatan Pengurusan Sumber Manusia beroperasi di Tingkat 24, Ibu Pejabat DBKL, Menara 1. Fungsi adalah berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan DBKL merangkumi Elaun, Cuti, Pinjaman, Pencen, Pengesahan Dalam Perkhidmatan ,Jawatankuasa Pakaian Seragam serta menyimpan fail peribadi kakitangan DBKL sejumlah lebih 10 ribu kakitangan. Blog ini telah dirasmikan oleh Encik Jamal KUP pada 27.7.09.
Upadate: Telah bertukar nama kepada Unit Persaraan & Kemudahan mulai bulan September 2011