Al-Fatihah buat Adik Syafiah Humairah


( Utusan 28 Februari 2010 )

Sepanjang minggu ini kita dikejutkan dengan kisah yang menyayat hati
Kisah pembuangan bayi dan juga penderaan kanak-kanak
Perilaku pendera sudah dibaratkan syaitan!
Apakah kita kembali ke zaman Jahiliyah ?
Masyarakat seharusnya sedar dan mengambil iktibar dari kisah yang meruntun jiwa kita ini
Seharusnya semangat melawan kearah budaya zalim ini bermula daripada institusi keluarga
Jika terlihat jiran atau masyarakat melakukan perkara sedemikian usah berdiam diri.

Memetik laporan utusan online

"Abang Mat kemudian menyepak mangsa seperti bola, selepas itu dia mengangkat Syafiah Humairah menggunakan sebelah tangan sebelum mencampakkan kanak-kanak itu ke atas padang.

"Tidak cukup dengan itu, suspek memijak perut mangsa dengan kasut bola dan menyepak beberapa kali bahagian belakang budak tersebut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.

Seharusnya masyarakat atau jiran yang melihat kejadian hendaklah meleraikan kejadian ini. Jika tidak boleh melakukan, lapor sahaja kepada pihak polis! Nah! apa yang telah terjadi, saksi yang melihat boleh menyelamatkan nyawa adik Syafiah Humairah ini.Umurnya baru 3 tahun. Na'uzubillah!

Kerajaan, ahli politik dan juga badan bukan kerajaan seharusnya mencari punca kenapa ini berlaku! Jika hukuman sekeras mana pun jika punca kepada masalah ini tidak dapat diatasi, kanak-kanak comel yang ingin kebahagian akan terus dizalimi dan diseksa. Pelbagai punca termasuklah tekanan emosi, tekanan kerja, tahap kemiskinan dan juga kepesatan pembangunan bandar. Marilah kita sama-sama mengambil iktibar

Torres : Kanak-kanak sangat comel!! Didiklah dan tegurlah mereka dengan kasih sayang dan bukannya dengan kekerasan. Jangan cepat naik tangan.


Pautan Bacaan :
1.myMetro | Perangai binatang
2.Utusan Online



Pautan Kementerian :
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
( maaf pautan ini tiada talian aduan kepada penderaan kanak-kanak yang hanya sekadar statistik dan talian Nur lebih kepada kebajikan masyarakat dan penderaan pembantu rumah! Ceh! )

0 ulasan:

Post a Comment

Komen pembaca

Powered By Blogger
Related Posts with Thumbnails

Info Blog

Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia adalah bahagian terbesar serta guna tenaga teramai dalam Jabatan Pengurusan Sumber Manusia beroperasi di Tingkat 24, Ibu Pejabat DBKL, Menara 1. Fungsi adalah berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan DBKL merangkumi Elaun, Cuti, Pinjaman, Pencen, Pengesahan Dalam Perkhidmatan ,Jawatankuasa Pakaian Seragam serta menyimpan fail peribadi kakitangan DBKL sejumlah lebih 10 ribu kakitangan. Blog ini telah dirasmikan oleh Encik Jamal KUP pada 27.7.09.
Upadate: Telah bertukar nama kepada Unit Persaraan & Kemudahan mulai bulan September 2011