Bila Wanita Lebih Dominan?


Hari ini aku selak Utusan, aku tersenyum simpul, ku ingatkan bonus sebulan gaji! Rupanya..





"Persoalannya ialah di mana mereka semasa sesi kriteria itu, kenapa mereka (kaum lelaki) tidak memenuhi kriteria yang diperlukan sebagai penjawat awam? Sekarang ni kan zaman persaingan, bersainglah secara sihat"








Cuepacs menerima aduan daripada orang ramai yang mengakui lebih selesa berurusan dengan penjawat lelaki kerana mereka lebih kreatif dan fleksibel, iaitu tidak terlalu terikat dengan kerenah birokrasi, sekali gus memudahkan penyelesaian suatu urusan atau masalah dengan lebih pantas. "Dalam keadaan lain pula, sikap semula jadi wanita yang penyayang ada kala menjadi halangan kepada mereka untuk menyelesaikan masalah tertentu, khususnya pengetua wanita dalam menangani isu disiplin pelajar lelaki kerana tidak wujud perasaan `gerun' kepada mereka," katanya



Dan semalam baru aku baca terbaca Buku Agama di Masjid India..


Dalam satu hadis, Rasulullah saw yang diriwayatkan Anas, bermaksud:
“Sesetengah tanda hari kiamat ialah ilmu diangkat, berlaku
kebodohan, perbuatan zina tersebar meluas, arak diminum berleluasa dengan rasa bangga, ramai lelaki meninggal dunia, jumlah bayi lelaki yang dilahirkan sedikit berbanding perempuan, jumlah wanita lebih ramai daripada lelaki sehingga pada sesetengah tempat, ada 50 wanita untuk seorang lelaki.”


Tidak kira wanita atau lelaki yang penting adalah bonus!! Bak kata Abg Jamal..mium air kotak cap bonus je lah!

Link :
1.Utusan
2.Penjawat Wanita Beri Kesan Positif Pada Ekonomi Dan Kualiti Perkhidmatan - Shahrizat

0 ulasan:

Post a Comment

Komen pembaca

Powered By Blogger
Related Posts with Thumbnails

Info Blog

Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia adalah bahagian terbesar serta guna tenaga teramai dalam Jabatan Pengurusan Sumber Manusia beroperasi di Tingkat 24, Ibu Pejabat DBKL, Menara 1. Fungsi adalah berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan DBKL merangkumi Elaun, Cuti, Pinjaman, Pencen, Pengesahan Dalam Perkhidmatan ,Jawatankuasa Pakaian Seragam serta menyimpan fail peribadi kakitangan DBKL sejumlah lebih 10 ribu kakitangan. Blog ini telah dirasmikan oleh Encik Jamal KUP pada 27.7.09.
Upadate: Telah bertukar nama kepada Unit Persaraan & Kemudahan mulai bulan September 2011