Dan Calon-Calonnya Adalah..

( En. Mansor merenung tantatif temuduga pada tahun 2010, sambil Mat Siong buat baik! )


Selamat menghadiri temu dan duga, buat rakan-rakan kontraktor.

Sugia diingatkan, En. Mansor tiada kuasa untuk melantik anda sebagai kakitangan Tetap dan Berpencen walaupun kamu berjiran atau waris se-Minang dengan beliau ( petikan kata Rosma )

Yang mempunyai kuasa memilih adalah ahli panel temuduga yang bijaksana. ( petikan kata Pelangi pula)

Berikut adalah calon-calon daripada Bahagian Perkhidmatan yang akan menghadiri temuduga pada bulan Mac ini :



ASYRAF ( Tugas : Buku Perkhidmatan Kakitangan/Pakaian Seragam )

Beliau adalah pekerja yang mempunyai sistem kerja yang sangat teratur. Penglibatan dalam Konvensyen Meningkatkan Mutu Kerja yang mana telah menjimatkan RM 7 juta dalam Elaun Kerja Lebih Masa. Pehh!Ramai orang marah bai! Meminati lagu Melayu Klasik seperti saya juga. Bila nak bagi lagu Filem Pak Dukung Bertunang Pulo ni!? Pun begitu beliau mempunyai semangat kerja yang kuat sambil menyahut cabaran CUPEACS dengan menjual nasi lemak kepada kakitangan diwaktu pagi sebelum waktu kerja! Sangat hebat lagi sedap! Next..



NESYA ( Tugas : MBJ/Buku Perkhidmatan )

Penglibatan beliau dalam Mesyuarat Bersama Jabatan ( MBJ ) amat membanggakan. Tugas ini dikendalikannya secara solo dan dipantau oleh bos. Beliau menguruskan kelancaran perjalanan MBJ dari awal hingga ke akhir tahun. Beliau juga membantu mengemaskini Buku Perkhidmatan. Mungkin rezeki anak sulung bak kata Hanif Langat, dulu Hanif pun isteri dia bersalin dapat temuduga tetap! Sedikit info dari saya : Nesya adalah satu-satunya rakan sekerja yang sama-sama melaporkan diri Bahagian ini bersama saya pada 6.6.2007.



Farah ( Tugas : Buku Perkhidmatan )

Ini dia dah mai dah! Siapa yang tidak kenal dengan Setiausaha Kelab Gen2 Proton Malaysia ini. Jika tidak percaya bolehlah layari lawan web kelab ini. Tugas beliau adalah mengemaskini Buku Perkhidmatan. Beliau juga kadang-kadang membantu tugas Kak Nor dalam proses pengeluaran KWSP. Maaf, gadis comel ini sudah kahwin dan mungkin ini juga rezeki anak sulung yang baru lahir. Farah juga sering membantu Kak Radhiah dan juga seorang kakitangan yang rajin membantu.

Akan datang mungkin calon-calon dari Perjawatan pula..
Selamat bertemuduga..jangan lupa hafal doa qunut atau lagu Wilayah Persekutuan " Maju dan Sejahtera" :)

Kredit Foto : Foto dirembat dalam Facebook dan Blog Mat Siong

0 ulasan:

Post a Comment

Komen pembaca

Powered By Blogger
Related Posts with Thumbnails

Info Blog

Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia adalah bahagian terbesar serta guna tenaga teramai dalam Jabatan Pengurusan Sumber Manusia beroperasi di Tingkat 24, Ibu Pejabat DBKL, Menara 1. Fungsi adalah berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan DBKL merangkumi Elaun, Cuti, Pinjaman, Pencen, Pengesahan Dalam Perkhidmatan ,Jawatankuasa Pakaian Seragam serta menyimpan fail peribadi kakitangan DBKL sejumlah lebih 10 ribu kakitangan. Blog ini telah dirasmikan oleh Encik Jamal KUP pada 27.7.09.
Upadate: Telah bertukar nama kepada Unit Persaraan & Kemudahan mulai bulan September 2011