Penolong Pengarah Perkhidmatan Selamat Bersalin

( Penolong Pengarah Perkhidmatan bersama bayi lelaki yang comel yang bernama Adi Zafran )
sila klik gambar untuk lebih besar dan jelas. Tiada sebarang bayaran dikenakan.:)

Pukul 9:00 am. Pusrawi. 26 Ogos 2009 bersamaan 5 Ramadhan 1430H.
Lahirnya seorang putera buat Puan Hasanah ( Penolong Pengarah Perkhidmatan ) dan juga suami,
selamat bersalin secara normal.
Bahagian Perkhidmatan, JPSM mengucapkan tahniah dan syukur dengan kelahiran ini lebih-lebih lagi di Bulan Ramadhan yang penuh dengan kerahmatan.


Kak Mala cuba mendodoikan baby dengan lagu Raya :)


Di mana Kak Mala?

"Yepii! dapat adik! " teriak gembira anak sulung Puan Hasnah sambil Kak Mala di belakang tidak berjaya interframe.

Sekali gaya macam Doktor Pakar Sakit Puan tapi ada tag DBKL da!
Baca : Kak Mala mempunyai antibodi yang kuat sehingga tidak perlu memakai topeng H1NI di Pusrawi. :)

Nota Kaki : Terima kasih kepada jurufoto pelatih Cik Shiela yang sudi mengambil gambar untuk blog ini kerana kaum lelaki perkhidmatan tidak dapat pergi. Terpaksa jaga pejabat! Buat baby Adi Zafran jangan lupa kumpul duit raya banyak-banyak, masyuk!!

2 ulasan:

zana August 30, 2009 at 8:01 PM  

selam nice blog

Zura Hilman September 2, 2009 at 7:14 PM  

ape daa eja nama pn hasnah salah....!

Post a Comment

Komen pembaca

Powered By Blogger
Related Posts with Thumbnails

Info Blog

Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia adalah bahagian terbesar serta guna tenaga teramai dalam Jabatan Pengurusan Sumber Manusia beroperasi di Tingkat 24, Ibu Pejabat DBKL, Menara 1. Fungsi adalah berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan DBKL merangkumi Elaun, Cuti, Pinjaman, Pencen, Pengesahan Dalam Perkhidmatan ,Jawatankuasa Pakaian Seragam serta menyimpan fail peribadi kakitangan DBKL sejumlah lebih 10 ribu kakitangan. Blog ini telah dirasmikan oleh Encik Jamal KUP pada 27.7.09.
Upadate: Telah bertukar nama kepada Unit Persaraan & Kemudahan mulai bulan September 2011