Floria Putrajaya 2009

Bahagian Perkhidmatan, JPSM telah menghatar wakilnya melalui PUSPANITA ke pertandingan Gubahan Orkid Sempena Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2009 ( FLORIA 2009 ). Kumpulan yang disertai oleh Kak Radhiah, Kak Yuslaila dan Kak Siti Hasnah telah muncul JUARA bagi kategori PUSPANITA agensi! Tahniah! ! Pertandingan ini diadili oleh panel juri terdiri daripada Y.Bhg Datin Nafesah Raja Nong Chik, isteri Menteri Wilayah Persekutuan dan panel juri jemputan.

Gubahan Orkid Terbaik Kategori Puspanita-Agensi


Dari kiri: Puan Yuslaila, Puan Radhiah ( Ketua ), Puan Siti Hasnah
(Juara Agensi )


Tema : Kemeriahan Warna ( Celebration of Calours )

Jika berminat membuat tempahan untuk hantaran pertunangan atau hadiah untuk arnab baru lahir sila hubungi Kak Radhiah

Sekitar Floria 2009, bukan sahaja bunga orkid pelbagai bunga termasuklah bunga yang sesuai untuk mereka yang tengah hangat bercinta. Bunga memainkan peranan sentimental kepada seseorang . Maaf bunga api tiada dijual di sini tunggu pesta bunga api di Jalan TAR dalam masa terdekat ini

1 ulasan:

KK August 6, 2009 at 8:16 PM  

test

Post a Comment

Komen pembaca

Powered By Blogger
Related Posts with Thumbnails

Info Blog

Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia adalah bahagian terbesar serta guna tenaga teramai dalam Jabatan Pengurusan Sumber Manusia beroperasi di Tingkat 24, Ibu Pejabat DBKL, Menara 1. Fungsi adalah berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan DBKL merangkumi Elaun, Cuti, Pinjaman, Pencen, Pengesahan Dalam Perkhidmatan ,Jawatankuasa Pakaian Seragam serta menyimpan fail peribadi kakitangan DBKL sejumlah lebih 10 ribu kakitangan. Blog ini telah dirasmikan oleh Encik Jamal KUP pada 27.7.09.
Upadate: Telah bertukar nama kepada Unit Persaraan & Kemudahan mulai bulan September 2011