Rumah Terbuka Puan Noraizzam ( Rawang )

Bukan beraya ke Rumah En. Doraisamy atau En.M.Chandran ( sempena Deepavali )
Kami ingin beraya rumah kawan kami Bahagian Perkhidmatan. Puan Noraizzam ( Nor )
Nun di Taman Pelangi ( baca: bukan cik pelangi perjawatan tau )


Jangan sesat ke Batang Berjuntai.


Tapi mungkin ada yang sesat?. Ini bukan unit peronda PLUS. Ini pengawal peribadi Kak Hamsiah aka Kak Intan :)


Cik Aleem meredah hujan sambil melayan lagu Spring: Butakah Cinta


Kak Nor tengah sibuk ( baju purple ) bersiap menunggu ketibaan Perkhidmatan


Mat Siong wannabe


Perhimpunan Agong Perkhidmatan kali ke 63. Usul undi tidak percaya kepada Encik. Jamal.


Torres baru sampai dari Liverpool bersama moto super bike RZ 87800 ISO Pelangi 800 KK N17 TZR CC Kuasa Arnab
( Peh! Panjang betul nama moto ni!! ).


Suami Nor melayan tetamu dari Persatuan Super Bike Kuala Lumpur.


Ruang Tamu

Podium Champiom Motor GP Sepang


" Bro! Gua gerak dulu la! Dulu zaman muda, Gua tak mampu beli moto YP 350 tapi dah berjanggut baru dapat beli moto Jepun ni. Drive careful ya! " - Bro Tok Haji -

Nota kaki Bro Tok Haji : Ceh! Shiela kenapa hang delete gambar adik perempuan hang, masa pergi rumah Nor ni. Baru nak letak gambar adik hang yang muka macam Fasha Sandha tu. Hang ni memang Hang Tuah!Muhahaha!

Ini Bukan Rasuah

Terima kasih kepada Akauntan ini


Setiap kali kita bekerja seharusnya mempunyai keikhlasan dan komitmen.

Bukan untuk mendapat ganjaran atau penghargaan.

Ucapan terima kasih sudah mencukupi untuk menghilangkan penat seharian bekerja.

Menyiapkan tugasan seharusnya tidak memilih siapa 'pelanggan' kita itu waima ianya datang dari Jurutera atau Pekerja Awam.

Akauntan ini seharusnya menjadi contoh kepada pegawai lain menghargai kakitangan bawahan. Tak gitu!?

* Terima kasih kepada akauntan muda ini! Saya tidak makan coklat ini secara solo, tetapi akan dikongsi kepada kawan-kawan yang lain selepas selesai audit nilai di DBKL 3.

Contoh Soalan Audit Nilai JPA baru-baru ini:

klik untuk imej besar


Kelahiran

Puan Farah selamat melahirkan cahaya mata lelaki di Bulan Syawal yang mulia.
12 Oktober 2009/23 Syawal 1430
Pembedahan terpaksa dilakukan untuk mengelakkan kemudaratan kepada ibu dan juga bayi.
Bahagian Perkhidmatan mengucapkan tahniah dan syukur dengan kelahiran manis ini.


Cool Farah!!



Ibu-ibu yang berpengalaman memberi tips dan nasihat kepada suami Farah yang sentiasa di sisi Farah dan baby



Gambar baby boy tidak dapat dirakamkan kerana baby boy terpaksa diletakkan dalam kawalan dan penjagaan rapi pihak hospital kerana baby boy belum cukup bulan semasa dilahirkan.


Lain-lain maklumat sila tanya Kak Radhiah dan Niesya ( bakal ibu ). Terima kasih kepada Zura yang menjadi jurufoto baby, dan sesuai di jadikan jurufoto perkahwinan kelak.

Rumah Terbuka En. Anuar

Antara rumah terbuka yang dianjurkan oleh rakan dari Bahagian Perkhidmatan, ini adalah yang paling sedap hingga menjilat jari. Rumah rakan lain pun best juga tapi terlupa membawa kamera yang tertinggal di Liverpool : ).

Rumah terbuka hari raya tersebut adalah rumah En. Anuar Muhamad ( seksyen Pinjaman, Bahagian Perkhidmatan ) yang bertempat di Taman Shamelin Perkasa.

Peh! Memang lazat. Belasah sampai lebam beb!



En. Ayoi dan Abg Jamal bersama orang rumah.
( Tiada dalam gambar : Puan Rozie aka orang rumah En. Ayoi, Cik Aleem dan Kak Nor. En.Asri dan orang rumahnya baru sampai)


Anak bongsu En. Jamal. Bakal menantu Wan GCR 20 tahun lagi?


3 kali baham ayam goreng ini. Sangat sedap. Boleh bankrap KFC cam ni jika dijual dipasaran. Apakah rahsianya Abg Anuar?


"Biarlah Rahsia". - En. Anuar sibuk mengoreng ayam yang kini masih menyimpan resipi rahsia ayam gorengnya. Maaf! Gambar tuan rumah tidak dapat dirakam, tapi tangan pun jadilah.


" Hehehehe! Sedap tau, rugi kawan-kawan perkhidmatan tak datang. Nyum nyum "



Pejabat Terbuka Kebajikan JPSM

Waktu selepas selesai solat Jumaat.
Bertempat di Tingkat 1, Bahagian Kebajikan JPSM ( tempat baru setelah berpindah )


" Masuk-masuk, kami bukan tuan rumah" - En. Jamal


Wahid Satay

Bukan untuk dimakan, untuk kakitangan yang baru melahirkan cahaya mata bolehlah datang ke Bahagian Kebajikan untuk menuntut hamper.



Meja Encik Zainal. Koleksi peribadi ?


Sibuk bekerja setelah selesai solat jumaat



Tempat mencari rezeki yang baru


Kenyang minum air suam


Don't Break My Heart
Motif?


Lawatan Sambil Belajar

Lawatan sambil belajar dari Bahagian Perjawatan & Pengambilan
sempena pejabat terbuka Pentadbiran JPSM.



Abg Jamal dan Sifu Lee membawa rombongan 'sekolah' melawat bilik sulit Perkhidmatan


Terima Kasih kerana sudi melawat Bahagian Perkhidmatan. Jutaan tahniah diatas keperihatinan Puan Lely dan Kak Ecah dalam memupuk semangat setiakawan dan kerjasama dalam JPSM.

Maklumat lanjut lawatan : Blog Puan Lely

Audit Nilai Part II

Kemaskini


Wakil dari Jabatan Kesihatan menjawab soal selidik online bertempat di Tingkat 3, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah


Kak Mala melayan telatah responden


En. Ayoi aka Ryan Giggs memantau kedatangan responden setiap hari selama 2 minggu berturut-turut.


En. Mohd Isa ( bukan calon pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Teluk Kemang ), baru mendapat cahaya mata yakin dan sangat cool menjawab soalan. Isa adalah wakil penting JPSM. " Kacang bai tu" - Mohd Isa aka Khalid Jamlus


Ada yang serius dan juga gembira menjawab soalan psikologi audit nilai

Wakil Perjawatan & Pengambilan ( tekun dan One Malaysia !)


Melodi : " Aku setia pada yang satu!! walau digoda oleh PA dari Kesihatan..ini hanya konspirasi untuk mencermakan saya.." En. Amat


Buaya Paya bersama Piah aka Siti Nurhaliza


" 3 Jam menjawab soalan!!, Ujian SPM Matematik Tambahan pun tak susah macam ini. Pehh! Semua responden dah balik!!" - teriak En. Isa yang masih lagi tekanan menjawab.


Urusetia Perkhidmatan yang sempat makan roti dan air karbonat walaupun terpaksa berkorban dan terlepas satay di rumah terbuka DBKL.

Sistem Pengurusan Audit Nilai 2009

KONSEP AUDIT NILAI

Sistem pengurusan audit nilai ialah satu kaedah untuk menilai keberkesanan program-program nilai murni dalam perkhidmatan awam. Ia bermatlamat untuk mengukur tahap keberkesanan penerapan, penghayatan dan pengamalan nilai murni dari segi ideologi, peribadi, persepsi dan juga melalui maklum balas pelanggan dengan mengambil kira enam nilai teras perkhidmatan awam iaitu amanah, benar, bijaksana, adil, telus dan bersyukur.

Sistem pengurusan audit nilai mengguna pakai lima (5) instrumen iaitu:

• Rekod Amalan Nilai

• Indeks Nilai Ideal

• Indeks Nilai Peribadi

• Indeks Nilai Organisasi

• Rekod Maklum Balas Pelanggan.

Data yang di kumpul dapat memberi gambaran mengenai tahap pengamalan nilai-nilai murni di jabatan dan agensi terbabit. Seterusnya dapatan audit nilai boleh digunakan untuk membuat perancangan program-program nilai yang bersesuaian di jabatan dan agensi.

Nantikan auranya dan anda pasti teruja
Bertempat di Tingkat 3, Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah
Mulai 5.10.2009 hingga 16.10.2009
Hanya membawa jari yang pantas dan hati yang ikhlas
Sepasang suami isteri bahagia akan membantu anda disana.

Tahniah jika anda terpilih sebagai responden. Sila jawab soalan dengan jujur, jangan main-main tau.


soalan-soalan psikologi menanti anda daripada JPA.



Soalan 8, Bahagian 1: " Tidak apa curi tulang waktu bekerja asalkan kerja siap "
Encik K ( bukan nama samaran ) - "Tidak Pasti?!"

Maklumat lanjut :
SISTEM PENGURUSAN AUDIT NILAI (SPAN) DALAM PERKHIDMATAN AWAM


* gambar-gambar responden serta urusetia dari Bahagian Perkhidmatan yang terlibat akan dikemaskinikan.

Al-Fatihah

Dalam Kenangan Allahyarham Johari bin Abu Bakar
DBKL : 1976-2009


" Arwah seorang yang komited dengan kerja dan selalu menolong serta membantu kawan-kawan dalam setiap aktiviti atau kenduri. Arwah seorang kakitangan yang mempunyai semangat kerja yang tinggi serta aktif bergaul dengan masyarakat. Kehilangan arwah amat amat dirasai lebih lagi kepada rakan beliau yang pernah berkerja serta mengenali rapat dengan arwah. Ini dibuktikan oleh kehadiran kenalan yang agak ramai di majlis pengembumian arwah " - En. Jamal edit oleh K.K-

" Terkenang bubur lambuk arwah Abg Joe yang diberi percuma kepada saya di bulan Ramadhan tahun lepas. Abg Joe adalah sumber inspirasi kerja saya, terima kasih abg Joe yang telah banyak mengajar saya dalam tugas kerja walau seketika kita bekerja ... :'( " - K.K -



Arwah dilahirkan pada 31.3.1956 di Muar, Johor. Mula memasuki DBKL pada 1.7.1976 ( 33 tahun berkhidmat ) sebagai Warden Trafik di Pejabat Urusetia/Undang-Undang serta pernah berkhidmat di Jabatan Pengurusan Lalu Lintas ( 1978 ).

Pada usia 20 tahun arwah mula memasuki DBKL

Pada 16.4.1982 arwah telah dilantik sebagai Pembantu Tadbir ( dulu dikenali Kerani Tingkatan Biasa ) di Jabatan Perancang Bandar dan Kawalan Pembangunan ( 1982 ) sebelum ditukarkan ke Jabatan Pemgurusan Perumahan ( 1987 ).

Pada tahun 1999, arwah telah ditukarkan ke Jabatan Pengurusan Organisasi (JPO ) - yang kini dikenali Jabatan Pengurusan Sumber Manusia ( JPSM ). JPSM( Bahagian Perkhidmatan ) adalah jabatan terakhir arwah. Arwah pernah terpilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak 3 kali (1994, 1998 & 2003 ).Arwah mula menghidapi penyakit Parkinson pada tahun 2005-2006 dan telah dibesarakan atas sebab kesihatan pada 16.09.2009.

Arwah telah kembali ke rahmatullah pagi tadi antara pukul 5.00 pagi di kediaman beliau di Taman Putra Jaya, Seri Kembangan .1 Oktober 2009/12 Syawal 1430.


AL-FATIHAH. Moga roh arwah Abg. Johari di cucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Salam Takziah kepada keluarga arwah dan terima kasih sahabat-sahabat yang hadir di majlis pengembumian arwah.

Kredit:

-Fail /Buku Perkhidmatan arwah
-Gambar Ihsan Encik Jamal & Fail arwah

Perubahan Nama Skim Perkhidmatan

Berikut adalah perubahan nama skim perkhidmatan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil.9 dan Bil. 11 Tahun 2009 :

* Gred U29, U32, U36, U38 & U40
1. Pembantu Perubatan ----> Penolong Pegawai Perubatan
2. Pembantu Farmasi -------> Penolong Pegawai Farmasi

* Gred J29, J36 & J38
3. Pembantu Teknik ( bidang jurutera )----> Penolong Jurutera
4. Pembantu Teknik ( seni bina) ----- > Penolong Pegawai Senibina
5. Pembantu Teknik ( ukur bahan )------> Penolong Juruukur Bahan
6. Pembantu Teknik Landskap------> Penolong Arkitek Landskap


Tarikh kuatkuasa adalah pada 2 JULAI 2009

Contoh ayat dalam buku perkhidmatan :
Telah dilantik secara tetap sebagai Penolong Jurutera ( Awam ) Gred J29 .....

Contoh ayat bahasa pasar :
" Mana TA JKA ni? den suruh dio betulkan jalan ni.. "
* TA merujuk kepada Pembantu Teknik

Pautan JPA :

Perubahan Nama Skim Perkhidmatan Pembantu Teknik Dan Pembantu Teknik Landskap

Perubahan Nama Skim Perkhidmatan Pembantu Perubatan Dan Pembantu Farmasi

Powered By Blogger
Related Posts with Thumbnails

Info Blog

Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia adalah bahagian terbesar serta guna tenaga teramai dalam Jabatan Pengurusan Sumber Manusia beroperasi di Tingkat 24, Ibu Pejabat DBKL, Menara 1. Fungsi adalah berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan DBKL merangkumi Elaun, Cuti, Pinjaman, Pencen, Pengesahan Dalam Perkhidmatan ,Jawatankuasa Pakaian Seragam serta menyimpan fail peribadi kakitangan DBKL sejumlah lebih 10 ribu kakitangan. Blog ini telah dirasmikan oleh Encik Jamal KUP pada 27.7.09.
Upadate: Telah bertukar nama kepada Unit Persaraan & Kemudahan mulai bulan September 2011