Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam



(gambar hiasan ini dirembat dari google.ok ke tak? hik! )
Selaras dengan hasrat Kerajaan yang mengambil berat terhadap kebajikan pegawai, kelayakan dan peraturan kemudahan Cuti Bersalin ditetapkan seperti berikut:

1. seseorang pegawai yang bersalin layak mendapat Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya;

2. pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran; dan

3. Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walau bagaimanapun, pegawai boleh memilih untuk menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin.
Tarikh kuatkuasa pada 15 Oktober 2010

pegawai yang bermula cuti bersalin sebelum 15 Oktober 2010 tertakluk selama 60 hari sahaja.



Maklumat lanjut serta kaedah pelaksanaan: sila ke
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2010 KEMUDAHAN CUTI BERSALIN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM (format pdf diperlukan)



Pekeliling terkini yang lain: (sila ke laman web JPA)

1. Perubahan Nama Pembantu Undang-Undang kepada Penolong Pegawai Undang-Undang (mulai 2.1.2011)
2. Perubahan Nama Pembantu Teknik Ukur Bangunan kepada Penolong Juruukur Bangunan ( mulai 2.1.2011)
3. Perubahan Nama Pembantu Teknik Ukur kepada Penolong Juruukur ( mulai 2.1.2011)
4. Pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan mulai 1.1.2011.

0 ulasan:

Post a Comment

Komen pembaca

Powered By Blogger
Related Posts with Thumbnails

Info Blog

Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia adalah bahagian terbesar serta guna tenaga teramai dalam Jabatan Pengurusan Sumber Manusia beroperasi di Tingkat 24, Ibu Pejabat DBKL, Menara 1. Fungsi adalah berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan DBKL merangkumi Elaun, Cuti, Pinjaman, Pencen, Pengesahan Dalam Perkhidmatan ,Jawatankuasa Pakaian Seragam serta menyimpan fail peribadi kakitangan DBKL sejumlah lebih 10 ribu kakitangan. Blog ini telah dirasmikan oleh Encik Jamal KUP pada 27.7.09.
Upadate: Telah bertukar nama kepada Unit Persaraan & Kemudahan mulai bulan September 2011