Bukan Sekadar Hari Keluarga

Nota: Maaf, lama sudah diperap cerita ini. Kredit untuk (nama di 'bold 'mengikut warna baju Hari Keluarga) Yusran. Azhanyzam, Epol (Tain), Puan Roosyatimah, Encik Rani (jurugambar dari UKK) dan Maisarah kerana menyumbangkan gambar-gambar ini.
Terima Kasih kerana bagi KK rembat foto terpilih ini.


Hari Keluarga JPSM 2010.




Sebelum itu, undian untuk bayi fotogenik sudah bermula lebih awal lagi. Tak silap, 2-3 hari.
Warga JPSM mengundi. Macam undi Pos tu, Keh Keh Keh!


Sehari sebelum menjelangnya Hari Keluarga JPSM. Maka bermulanya gotong-royong memasak
cuba cite! cuba cite!

King Of Masak memulakan langkah dengan penuh semangat dan dramatik
( lokasi masak: rumah PUSPANITA)


Queens of Cucuk sedang mencucuk satay
resepi istimewa oleh Pengarah JPSM
( lokasi: rumah Puan Hasimah )




Yang baju hitam sambil tunjuk tanda keamanan dunia tu memang terror masak.
Tak caya tanya Kak Ecah. Masak siakap 8 rasa memang kepakaran dia.




Peminat filem Hantu Kak Limah tengah potong bawang. cecite! cecite!
Kontrol jangan sampai air mata keluar potong bawang. Hik! Hik! Hik!





Pengarah JPSM pun turun padang, resepi istimewa dari beliau.



AJK masak ni, dari petang sampai malam membawa ke suboh dan seterusnya ke tengah hari keesokkanya .
Peh! Penat bai.



1,2,3..Hari Keluarga JPSM 2010 pun mula membuka tirainya..cecite!cecite!
madu-madu ini, 2 hari 3 malam pergi cari kat pasar Chow Kit.
madu tualang?

Khemah Bahagian Perkhidmatan yang cun dengan maskot 'sang lebah'




Mula-mula daftar dulu



pas tu bakar satay, brader rizal masak KK bedal, brader rizal masak lagi, KK pun bedal. Bila mahu habis da?!



Bahagian Perkhidmatan JPSM (bahagian paling cool) berbaju Hijau



bahagian latihan dan kompetensi JPSM (baju merah)


unit kenaikan pangkat dan pengurusan prestasi JPSM
&
unit integriti & tatatertib JPSM
(baju pink ke purple ni?)


Unit Inovasi & Kualiti JPSM (baju kuning)
&
Unit Kebajikan & Kaunseling (cari juga mana ahlinya, dengar kata pergi masak)


Bahagian Pentadbiran & Kewangan JPSM (baju biru)


Bahagian Perjawatan & Pengambilan JPSM (baju oren)


Ada juga rakan-rakan yang hadir iaitu mempunyai hubungan keluarga dengan JPSM antaranya:

Bukan main semangat brader Saiful Alwi (suami Kak Yus) dengan Jersi Gred A Malaysia. Malaysia Boleh. Jangan lupa turun Bukit Jalil Ahad ini.



Hanif's Family : Byzura,Auni dan Hazim pun datang memberi sokongan kepada JPSM. Terima Kasih.

"Taaa! Nama saya Auni. Mana abang KK saya nak 'sengat' dia. Saya kan ratu lebah. Nyet Nyet!" - Auni 'Ratu Lebah 2010'-


Tu dia, jaga-jaga. Puan Lely dan team ingin memanangi salah satu acara sukan olimpik Hari Keluarga. Hik Hik Hik!

sungguh comel dan baik macam ummi dia juga! hik :)





Hari keluarga ini diserikan lagi dengan kehadiran Y. Bhg. Datuk Normah Binti Malik ( Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran DBKL)
Terima kasih Datuk.






Dan acara pun bermula. Cecite! Cicite! Cicite!








Encik Zul, Ketua Sukaneka. walaupun mendapat bantahan (selalu yang kalah game), beliau tetap selamba dan kadang-kadang melucukan. Keh! Keh! Keh!

dibantu pula oleh AJK sukan yang bertaraf FIFA (dunia)

Ini Rizal bekas pemain bola sepak daerah Pahang. bersara dan menjadi AJK Sukan dibawah sekyen acara tiup tepung. Keh Keh Keh!

Ini Pian salah seorang AJK dan juga orang kanan Encik Zul. Beliau adalah bekas penjaring terbanyak kat Padang Futsal Segambut. Dengar katanya, ramai awek yang minat kat dia. Gambar ini pun ada awek yang buat Wallpaper. Tak caya tanya Mai aka Pelangi. Keh Keh!


AJK sukaneka mula menyusun alatan sukan. Termasuklah botol dan sebagainya. Kata ini taraf olimpik kenelah guna botol Coke Cacola. Mana main botol air mineral.
(cuba teka Pian kat mana..keh keh keh..oh itu Tasya bukan Pian)


AJK yang bakal kene maki kejap lagi. Keh! Keh! Keh!



jajan atau cikidis. oh! silap ini hadiah untuk pemenang. jangan marah arr!


Ok acara pun bermula, one.two. Go!!

Acara Bowling Kelapa,sekali macam Shalin Zulkifli lar.. hik hik hik!


Biar kalah asalkan bergaya. Cewahh!


Next..

acara lambung sayang.



siap sedia semua

jangan lupa pakai baju kalis air. zasss!

Bos Bahagian Perkhidmatan tengah berbincang dengan anak beliau mengenai strategi game. baca game dulu.

Go!
"belon ke batu bata ni, berat betul" -brader Mansor


sampai sekarang, KK tak faham lambung sayang. dimanakah letak sayangnya? kasih sayang? cecite! cecite!






acara kanak-kanak


anak puan lely aka lisa estrada

'campion' acara rebut kerusi. cewaaah!




sambil di 'hidangkan'...

macam biasa, karoke mesti ado. Brader Razali Talib menyumbangkan lagu dari koleksi album beliau. Sampai urat leher pun nampak. Punyalah layan!. Keh! Keh! Keh!


acara seterusnya acara isi air dalam botol dan acara rebut kerusi. acara yang cukup kontoversi sebab mereka nak menang pingat emas. Kah! Kah! Kah!

Kontroversi 1
tu dia, macam final Piala Suzuki AFF. Malaysia vs Indon. Mereka tidak puas hati dengan tahap pengadilan ajk sukaneka. :)


Kontroversi 2

acara tarik kerusi atau rebut kerusi? lihat tangan Mail cuba menarik kerusi (baju merah )
Kah Kah Kah!

dan 'campion' nya adalah AJK Sukaneka sendiri.
Kah Kah Kah!

nota: main game ini hanya suka² dan bukan untuk melayakkan diri ke final Piala Malaysia. :)


acara yang diminati oleh Mai dan semua orang adalah:


bila makan ni, teringat pulak 'pengorbanan' AJK Masak yang bertugas sampai ke siang hari. Dengar kata cari bahan masak sampai pukul 3.00 pagi. Terima kasih Brader Anuar, Sifu Lee aka Razali Hasan, Isa (pilot) dan yang lain.



Penghakiman Khemah Tercantik pun bermula



Ini Juara Khemah paling lawa dan kreatif

hingga saat ini, ramai yang tertanya-tanya. Macam mana khemah ini boleh menang?!
ramai yang jangka khemah lain yang menang.
Biasalah tu adat bertanding ada yang menang dan juga ada yang kalah. Keh! Keh! Keh!



Acara penyampaian hadiah pula:

Family Yuslaila dua kali ambil hadiah. Satu acara melukis dan satu lagi acara bayi fotogenik. tahniah

Nesya tidak pulang dengan tangan kosong.




lepas hari keluarga, 'kita' ada audit nilai:





Bila tengok gambar-gambar Hari Keluarga yang penuh warna-warni ini teringat satu babak filem Kuch Kuch Ho Ta Hai, babak Anjali dan kanak-kanak dalam 'summer camp'. Ada hijau,kuning,pink,merah dan juga biru.
Panjang umur.Jumpa lagi tahun depan.


Nota Kaki: Jika ada tersalah taip perkataan atau ada yang menyinggung perasaan sesetengah pihak, harap maaf. Teman bergurau ye dak?



Pautan lain : Unit Integriti dan Tatatertib

2 ulasan:

Anonymous December 23, 2010 at 5:12 AM  

tahnia kk

lely&family@blogspot.com December 23, 2010 at 8:30 PM  

nasib baik LE datang lewat. Kalau tak habis keluarga LE sapu habis semua acara..

Post a Comment

Komen pembaca

Related Posts with Thumbnails

Info Blog

Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia adalah bahagian terbesar serta guna tenaga teramai dalam Jabatan Pengurusan Sumber Manusia beroperasi di Tingkat 24, Ibu Pejabat DBKL, Menara 1. Fungsi adalah berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan DBKL merangkumi Elaun, Cuti, Pinjaman, Pencen, Pengesahan Dalam Perkhidmatan ,Jawatankuasa Pakaian Seragam serta menyimpan fail peribadi kakitangan DBKL sejumlah lebih 10 ribu kakitangan. Blog ini telah dirasmikan oleh Encik Jamal KUP pada 27.7.09.
Upadate: Telah bertukar nama kepada Unit Persaraan & Kemudahan mulai bulan September 2011

There was an error in this gadget