Cuci Longkang Tersumbat Tingkat 24

Ini bukan slot Astro, Rancangan Discovery Channel : World's Toughest Jobs ..Heheheh!


Dari Tingkat 24 Aras Laut.
En. Jamal yang sibuk mencuci longkang tersumbat.

Dengan penuh sukarela dan tegar menyapu longkang yang dipenuhi sampah kecil.
Kerja ini sukar kerana memerlukan semangat dan daya lompatan yang ultra.
Keselamatan paling utama. Bukan main-main.




Mengikut kamus Dewan edisi keempat Gayat bermaksud berasa ngeri atau pusing (melihat ke bawah atau ke dlm dr tempat yg tinggi), gamang;penggayat orang yg mudah berasa gayat.




Tapi En. Jamal cool orangnya!
"Dulu abang pun gayat juga tapi tiap-tiap bulan dah biasa dah. Abang gayat dengan ikan je, maaf abang merosakkan kata adjektif 'gayat' kamu !!"


Pemimpin datang dan pergi.
Siapakah akan mengantikan 'tempat' En. Jamal nanti?
Rancangan Realiti bertajuk 'Abang Jamal Wanabe' akan muncul?!
Kah Kah!


Nota: Sepanjang pengambaran ini, saya amat risau kerana tangan Abang Jamal baru sembuh dari kemalangan beberapa bulan yang lalu.

Pautan yang menyamai kerja Encik Jamal : Setiap Selasa 10 malam mulai 26 Jun Discovery Channel


SELAMAT HARI LAHIR DI BULAN MEI

(klik tetikus dua kali untuk paparan jelas dan 'mengancam')

Selamat Hari Lahir Bulan Mei
Selamat Hari Guru,Ibu,Jururawat, Belia dan Setiausaha Pejabat


Kelahiran Yang Dinantikan

Buat Encik Rosmaini dan Puan Fauziah. Tahniah dan syukur diucapkan!
Hampir 9 tahun, akhirnya kelahiran Adam Wafiy bin Rosmaini sebagai anugerah yang tidak terhingga dari Yang Maha Pencipta.



Tahniah juga kepada Encik Ayoi ( rakan sepermainan FIFA World Cup, yang kini berada di Nilai Springs. Ada bengkel e-PBT ) dan Puan Rozie yang juga selamat melahirkan cahaya lelaki. Bila nak upload gambar ni! Nak rembat masuk dalam blog?


Nota Fesbuk: Terima kasih buat Siti Norhidayah yang sudi memberi kebenaran 'merembat' gambar kelahiran yang amat istimewa ini.

Pautan :

1.Dedikasi kelahiran Adam Wafiy bin Rosmaini oleh Siti Norhidayah
2.Encik Ayoi! Main golf di Nilai Springs jangan lupa FIFA World Cup tau!

Pinjaman Bank : Pemalsuan Surat Pengesahan Kakitangan


AWAS!!

Bukan sahaja Bank Rakyat yang telefon untuk mengesahkan bahawa maklumat kakitangan, tetapi juga bank kormersial yang lain kecuali Bank Negara! Ada ke kakitangan kerajaan buat pinjaman peribadi Bank Negara?


Bahagian Perkhidmatan menerima beberapa aduan daripada Bank Rakyat, Public Bank dan juga Am Bank iaitu pemalsuan surat pengesahanan maklumat kakitangan dan juga gaji kakitangan. Ada kakitangan yang menipu status kontrak mereka dan yang paling serius adalah menipu gaji pokok sebulan.

Diharap kakitangan awam tidak memalsukan maklumat pengesahan kakitangan dan juga gaji bulanan. Bahagian Perkhidmatan mempunyai sistem maklumat kakitangan dan pihak bank akan menelefon untuk mengesahkan ia benar atau palsu!!

Perbuatan ini akan mencemarkan imej kakitangan awam.


Tindakan tatertib akan dikenakan dibawah Perintah-Perintah Am ( Bab D ) - Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan & Tatatertib ) 1993.

Nota kaki kakitangan awam : Harap kerajaan menimbang pelarasan kenaikan gaji. Ramai kakitangan awam yang meminjam bank terutamnya Bank Rakyat. "Ini Pilihan Kami!"


Pautan :

1. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan & Tatatertib ) 1993 - Subperaturan 12. Meminjam Wang.

2. Syarat Pinjaman dan Kadar Pinjaman Bank Rakyat. ( antara bank kormersial yang menawarkan kadar faedah rendah )

Larangan Pegawai Awam Membuat Pernyataan Awam



Maklumat lanjut:

Persaraan Wajib


Terdapat 5 jenis persaraan  dibawah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia ( JPA ) iaitu :
  • Persaraan Paksa Dibawah Seksyen 10 Akta 227/239  ( Bersara Wajib, Bersara Atas Sebab Kesihatan, Bersara Jawatan Yang Disandang Dihapuskan, Persaraan atas sebab penyusunan semula organisasi, Persaraan Atas Sebab Kepentingan Awam dan sila rujuk JPA sebab banyak sangat )
  • Persaraan Di Atas Kehendak Kerajaan Atau Menteri Di bawah Seksyen 11 Akta 227/239
  • Persaraan Pilihan Dibawah Seksyen 12 Akta 227/239
  • Persaraan Kerana Penswastaan Agensi Kerajaan Dibawah Seksyen 10(5)(b), 12 dan 12A/13 Akta 227/239
  • Faedah Penamatan Perkhidmatan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980

 Tuan Haji Mahfulz ( Bahagian Perjawatan, JPSM ) bakal pesara tahun 2010 sedang berurusan dengan Puan Siti Radiah mengenai malumat pencen. Beliau akan bersara pada 4 June 2010.


Sudah hampir 36 tahun berkhidmat dengan DBKL.
Perjalanan hidup yang sangat hebat! Suka dan duka yang akan memahat memori indah buat Haji Mahfulz.


Mula memasuki DBKL pada tahun 01.10.1974 pada awal usia 20 tahun!
Bahagian Perkhidmatan mengucapkan  tahniah dan selamat bersara buat Tuan Haji Mahfulz.
Jasa dan budi yang ditabur akan kami kenang khususnya Jabatan Pengurusan Sumber Manusia! Syabas!!


Paparan di atas menunjukkan pengiraan anggaran sahaja  bagi bakal pesara wajib.
 Ini anggaran wang ganjaran Cik Pelangi jiran 'meja' kepada Tuan Haji Mahfulz.
Wang Ganjaran Cik Pelangi yang akan diterima jika beliau bersara secara anggaran adalah RM 100,125.00!
Itu belum lagi jumlah pencen bulanan setiap bulan.
Pehh! Boleh buka kedai cendermata pelik-pelik . Jual Mug 'Gergasi'. Uhuhuhu! (sila klik paparan di atas 2 kali untuk imej yang jelas )



Pautan Portal Pencen JPA  : Mari Mengira Ganjaran Pencen Anda!
*sila ambil perhatian, gaji tertakluk kepada gaji terakhir sebelum bersara nanti  dan tarikh mula berkhidmat adalah tarikh dilantik Tetap.

Nota Kaki : Hak Penyiaran Ekslusif Puan LE (perjawatan ) diblog ini sempena perpindahan beliau masih lagi belum diluluskan :)

'Task Force' Buku Perkhidmatan

Unit Tugas dengan izin task force siri 2/2010 telah dijalankan dan beroperasi di Tingkat 30.
Mulai 12 April hingga 16 April. Isnin hingga Jumaat.
Seramai 17 orang wakil jabatan menyertai unit tugas ini.
Dibantu oleh 'cikgu-cikgi' daripada Bahagian Perkhidmatan.



Buku Perkhidmatan; selain menulis manual tangan juga memerlukan 70 lebih cop. Mungkin ini rekod dunia . Cop paling banyak digunakan dalam satu masa!!.


Diperkenalkan, Puan Siti Hasnah. 'Guru Besar'!


Dibantu oleh Encik Asyraf sebagai 'guru displin'! :)


Puan Jamilah, penyemak dan juga bertindak 'guru seni' mungkin!


Nah! Ini dia Encik Izwan. Melatih dan mengajar. Sesuai digelar 'guru vokal'. Maaf ini taskforce bukan Akedemi Fantasia. Ceh!



" Pelarasan gaji paling tinggi dalam sejarah kenaikan gaji sektor awam adalah pada 1.7.2007 mencecah kenaikan gaji sehingga 35% "


Bekas 'otai' JPSM bai! Cergas lagi mesra!


"Dare To Fail" dengan izin. Kesilapan teknikal berlaku dalam buku ini jika baru belajar. Kesilapan adalah guru sebenarnya.


Bersama CC²! Otai Petai bai!



" Dulu² menulis tangan. Ayat panjang²"


" Kini lebih mudah ada cop dan draf yang sistematik"


" Kenapa gaji sektor awam perlu ada sen dibelakang?!, sebagai contoh : Gaji pokok Encik Asyraf RM 3089.68 sen!"

" Sebelum tahun 2000, gaji sektor awam adalah genap. Sebagai contoh RM 3000.00"


" Selepas tahun 1.1.2000 berikutan pelarasan gaji 10%, gaji sektor awam berubah iaitu ada sen di belakang "


" Dipilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 " - contoh ayat dalam Buku Perkhidmatan.


Satu² nya wakil jabatan yang belajar sambil menikmati pemandangan Dataran Merdeka dari Aras 30!





Mengajar sambil 'mengayat'. Ceh!!




Terima kasih!

Terima Kasih kepada wakil² jabatan yang sudi hadir. Jasamu akan kami kenang dan hargai!

Pautan Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) : Panduan Menguruskan Buku Perkhidmatan Kerajaaan.


*foto diedit guna Picasa
dengan menggunakan kamera biasa saya!

Laksamana DoReMi

Apa komen mereka via fesbuk dan SMS :
Afiqah Sidek : "Waa...sangat mengujakan teater ni. penuh aksi. bagus2. puas dapat tengok :) "
Ahmad Nor Azlie : "Wehh tak habaq kat aku pun wahhhhh!!"
Saiful Azhar : " Mmg best gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr "
Manjapri Kakiconteng : "Nak beli tiket...tiket dah habis! "
Hanna Hanan : " Penat smlm tgk teater Laksamana DoReMi...tp mmg berbaloi tgk...rugi sape yg x tgkkk...."


'Pemain' teater


Montaj pembukaan yang mengujakan dari Bangsawan Seri Resam, Darul Ehsan, Shah Alam. Muzik latar yang bertenaga serta Bass dan Perkusi yang sangat rancak!

Ezad Exist. Wataknya menyamai filem Anak Mami mungkin!
-
Man Belon boleh pergi jauh dalam seni teater. Wataknya sesuai sebagai 'Raja Lawak'
-
-
Longhat Perak digunakan di Negeri Pasir Dua Butir. Sekadar sindiran sinikal kepada politik semasa!
-
-
-
Maaf!, gambar Man Belon cuba meniarap ke atas Puteri Puncak Mahligai terpaksa dibuang!
"Sabun Di Bilik Mandi!!" - Mi aka Man Belon

Watak jahat Menteri Fa Sola tidak rasa 'jahat'!!



Extra Turn! Ricky Martin Malaysia. Sudah macam tarian Las Vegas lagaknya. Berbaur prono!
Ini bangsawan atau Night Club Dance! Hehehe!
Tapi memang menghiburkan. Tahniah extra-turn Kumpulan Gala Sari Kebudayaan Kesenian Penjara Malaysia. Makcik Sentul, tutup mata tengok!


Rekaan set yang kemas dan cantik. Cuma pencahayaan yang kurang berkesan! Alangkah baiknya ada api yang keluar!
-
-
Babak terakhir yang cuba mengalihkan penonton dari konsep cerita sebenar. Penamat cerita yang kurang meyakinkan. Unsur lawak lebih bernilai daripada tema bangsawan mungkin. Terima kasih kepada yang sudi hadir. Teater adalah seni. Fesbuk pun seni mungkin!
-
-
Bintang Asyraf : 3 bintang ( penamatnya tak best! )
Bintang KK : 4.5 bintang ( sebab lawak bukan jalan ceritanya )

Powered By Blogger
Related Posts with Thumbnails

Info Blog

Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia adalah bahagian terbesar serta guna tenaga teramai dalam Jabatan Pengurusan Sumber Manusia beroperasi di Tingkat 24, Ibu Pejabat DBKL, Menara 1. Fungsi adalah berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan DBKL merangkumi Elaun, Cuti, Pinjaman, Pencen, Pengesahan Dalam Perkhidmatan ,Jawatankuasa Pakaian Seragam serta menyimpan fail peribadi kakitangan DBKL sejumlah lebih 10 ribu kakitangan. Blog ini telah dirasmikan oleh Encik Jamal KUP pada 27.7.09.
Upadate: Telah bertukar nama kepada Unit Persaraan & Kemudahan mulai bulan September 2011