Shiela Tamatkan Zaman Bujangnya

Roshillawati binti Roslan atau nama glamour Shiela
Dulu gadis ini adalah kakitangan JPSM
Dulu gadis ini bujang
Dulu Cik Shiela
Itu dulu. Kini beliau bertugas di
Call Centre ( pusat panggilan setempat) DBKL


Gambar kenangan bersama Sheila semasa menyertai Konvensyen Meningkat Mutu Kerja (KMK 2009).


Kini beliau telah sah bergelar isteri kepada suami yang bernama Ismail Saidin.
Bertempat di Dewan Komuniti DBKL Lembah Pantai dengan tema 'gold coklat' telah diadakan majlis kenduri perkhawinan.


Selendang mayang selendang batik
Batik dari Surabaya
Makin dipandang bertambah cantik
Naik seri dengan cahaya


Harum semerbak bunga rampai
Sekuntum mawar sudah disunting
Duduk keliling tetamu yang ramai
Melihat pengantin duduk bersanding


Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya tinggi tidaklah rendah
Dahulu seorang sekarang berdua
Ikatan janji tertunai sudah




Ikan gelama ikan tenggiri
bersama dengan ikan cencaru
Bersama-sama kami ke mari
Hendak meraikan pengantin baru



Err.. tak larat nak pantun lagi, layanlah gambar dibawah ye!



bukan anak KK, tapi anak ayoi.


bulan Disember nanti memang padat dengan jadual makan nasi minyak. Nak lauk kambing? Hik!

0 ulasan:

Post a Comment

Komen pembaca

Powered By Blogger
Related Posts with Thumbnails

Info Blog

Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia adalah bahagian terbesar serta guna tenaga teramai dalam Jabatan Pengurusan Sumber Manusia beroperasi di Tingkat 24, Ibu Pejabat DBKL, Menara 1. Fungsi adalah berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan DBKL merangkumi Elaun, Cuti, Pinjaman, Pencen, Pengesahan Dalam Perkhidmatan ,Jawatankuasa Pakaian Seragam serta menyimpan fail peribadi kakitangan DBKL sejumlah lebih 10 ribu kakitangan. Blog ini telah dirasmikan oleh Encik Jamal KUP pada 27.7.09.
Upadate: Telah bertukar nama kepada Unit Persaraan & Kemudahan mulai bulan September 2011