Perubahan Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir(Kesetiausahaan)

Lebih glamour dan eksklusif dikenal Personal Assistant ( PA ) atau Bahasa Melayu mudah iaitu Pembantu Khas.
Dulu zaman kegemilangan lagu Uji Rashid dan Hail Amir, jawatan ini dikenali Jurutrengkas.
Sistem Saraan Malaysia ( SSM atau Saya Sayang Mahathir gelaran yang diberikan oleh sektor Awam ) yang mula diperkenalkan pada 01.11.2002. Jawatan ini dikenali Pembantu Tadbir dalam kurungan Kesetiausahaan.

Kini berkuatkuasa 01.01.2010 jawatan ini dikenali Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat. Melibatkan bukan sahaja perubahan nama, tetapi perubahan Skim melibatkan kenaikan Gred dan juga gaji setaraf pemegang Diploma mengikut syarat² yang ditetapkan oleh JPA.



Surat Tawaran Pertukaran Lantikan



Opsyen Memilih


Taklimat Perubahan Skim oleh Timbalan Pengarah Perkhidmatan, JPSM kepada PA yang terlibat.

Gred Naik! Gaji dah tentu naik! Boleh beli i-Pod memudahkan urusan kerja tidak seperti zaman P.Ramlee yang guna trengkas.




Muka ada senyum! Bergumbira, ingin ke Bandung atau Liverpool katanya!


Tapi ada insan yang bersedih, yang akan meninggalkan JPSM. :(

Pekeling Perubahan Skim PA : Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat
Blog Persatuan PA se-DBKL : Aktif ke Tak Aktif ni? Raya dah nak dekat ni?

2 ulasan:

KK April 7, 2010 at 8:06 AM  

dicopy paste dari laman sosial fesbuk zura hilman:
I-Pod nak watpe.... leh dengar lagu jer.... I-Pad la caya....

lely&family@blogspot.com April 7, 2010 at 4:57 PM  

diharapkan blog bhg. perkhidmatan jpsm akan membuat liputan secara langsung semasa perpindahan saya nanti....

Post a Comment

Komen pembaca

Powered By Blogger
Related Posts with Thumbnails

Info Blog

Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia adalah bahagian terbesar serta guna tenaga teramai dalam Jabatan Pengurusan Sumber Manusia beroperasi di Tingkat 24, Ibu Pejabat DBKL, Menara 1. Fungsi adalah berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan DBKL merangkumi Elaun, Cuti, Pinjaman, Pencen, Pengesahan Dalam Perkhidmatan ,Jawatankuasa Pakaian Seragam serta menyimpan fail peribadi kakitangan DBKL sejumlah lebih 10 ribu kakitangan. Blog ini telah dirasmikan oleh Encik Jamal KUP pada 27.7.09.
Upadate: Telah bertukar nama kepada Unit Persaraan & Kemudahan mulai bulan September 2011