Dicatat oleh
KK
at
Sunday, September 5, 2010
"Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi"
"Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahiTutur dan kata yang sopan saling memaafiSuasana hari raya walau di mana pun juaMemberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa"
"Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasaTiba syawal kita rayakan dengan rasa gembiraAnak muda di rantauan semuanya pulang ke desaIbu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira"
Orang muda dan 'otai' sedondon"Walaupun pelbagai dugaan dan masalah, raya tetap jadi" Encik Jamal
Dicatat oleh
KK
at
Monday, August 30, 2010
Dicatat oleh
KK
at
Saturday, August 28, 2010
Ini bukan duit Bantuan Khas Kewangan.
Tapi ini duit 'baru' untuk ditukarkan sempena Raya
Adakah duit ini mampu menjelaskan pinjaman perumahan kerajaan?
"Duit ini nak bagi kepada budak-budak yang datang beraya." kata Ayoi"RM 1.00 tidak mencukupi bagi kat kanak-kanak zaman sekarang." kata seorang murid tahun 3
Terima kasih kepada anak Abang Jamal yang membantu pertukaran duit baru ini.
Duit baru memang bau sedap dari Bank Rimau. :)

Raya Haji nanti gaji akan dibayar awal. Harap berjimat nanti ya.
Dicatat oleh
KK
at
Friday, August 20, 2010
Baru-baru ini salah seorang kakitangan Bahagian Perkhidmatan, Izwan aka Wan telah ditimpa kemalangan yang mengakibatkan kaki kiri beliau cedera dan juga sedikit urat kaki kiri tersebut putus.
Kemalangan ini berlaku semasa Wan menunggang motosikal untuk pulang ke rumah di Sungai Buloh.
Jalan yang berpasir dan licin adalah punca kemalangan tersebut.

Rakan-rakan hadir melawat Wan di Hospital Sungai Buloh.

Melawat Wan di kediamannya setelah berapa hari keluar dari Wad




Harap WAN cepat sembuh dan kembali bekerja dengan penuh bersemangat. Bersabarlah dengan ujianNYA di bulan Ramadhan yang mulia ini ye Wan. Ujian ini penuh dengan hikmah.
Dicatat oleh
KK
at
Monday, August 9, 2010
Dicatat oleh
KK
at
Thursday, August 5, 2010

SUMPAH ANAK MERDEKA Aku anak merdeka Bangkit dari persada luka Berdiri megah di pentas wira Inginku tebus maruah bangsa Aku anak merdeka Terjaga dari ranjang kecewa Berpaksi gagah di panggung perkasa Ingin ku bela nasib bangsa Aku anak merdeka
Harapan nusa dan bangsa
Akan kutentang petualang negara
Yang tegar membuat angkara
Aku anak merdeka
Di hati semangat waja
Di dada penuh satria
Ini Tuah akan membela
Untuk kubalut luka lama
Serunai Faqir
Wangsa Maju




Patriotisme
Dicatat oleh
KK
at
Friday, July 30, 2010
Jasamu Dikenang
Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.
Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu dan semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.
Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut hati
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.
Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.
Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan kami kenang sepanjang zaman.
Ahmad Sarju
Klang
1988

Dedikasi ini buat Kak CT..
Maaf tangan kiriTerima kasih Cikgu Siti Hasnah. Yang mengajar..Apa itu Skim Gaji Kabinet era 80-anApa itu Skim Gaji Saraan Baru ( SSB ) era 90-anApa itu Skim Sistem Saraan Malaysia (SSM) Apa itu Elaun-elaun dalam KerajaaanApa itu 'Cuti' Dalam Perintah AmNota: Puan Siti Hasnah dinaikkan pangkat secara pemangkuan seterusnya hakiki ke Jabatan Pembangunan & Pengurusan Peniaga Kecil.
Dicatat oleh
KK
at
Friday, July 23, 2010
(Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: “Masuklah ke dalam Syurga”. Ia berkata; “Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui. -Surah Ya-Sin Ayat 26.-
Terima Kasih Ustaz Mokhtar ( paling kiri ); kerana sudi memimpin perjalanan bacaan Surah Ya-Sin.
Macam biasa. Makan!


Terima Kasih buat Sheila, Kak Mala dan Kak Yus!!