Lawatan Tapak Hari Keluarga JPSM (backdated version).

Lawatan tapak sempena Hari Keluarga, rancangan asal untuk memilih Kem Bina Semangat Ampang Pecah atau Kem BTN Meru Klang.
2 Kem ini dipilih pada awalnya untuk 'team building' JPSM dan Hari Keluarga.
Bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara kakitangan serta memantapkan jati diri kakitangan. Rombongan kami terdiri dari wakil bahagian untuk melihat sendiri keadaan serta pakej yang ditawarkan.
Ketua lawatan: Encik Zul



Kem Bina Semangat Ampang Pecah.
Ingatkan kat Ampang rupanya di Kuala Kubu Bahru.


Dua wakil skuad pemantau mencuba katil di kem tersebut. Priiiitt! Bunyi wisel ketua pemantau.


3 orang teruna dengan menguji cuba 'Kembara Berhalangan'. Stage 1 pun dah kantoi. Hehehe!
Untuk memantapkan semangat juang, kakitangan JPSM akan di uji dengan Kembara Berhalangan. Tidak dapat membayangkan bagaimana Kak Gee dan Encik Mansor mengharungi ujian yang penuh displin dan kental ni!!




Berdekatan dengan kem tersebut, adalah rumah serta kebun En. Zul. Lokasi ini sesuai untuk kerja gotong-royong memasak. Kemudahan pun ada.



Nak memasak, cili sudah ada. Jimat bajet.



Setelah penat gotong royong, kita berenang di kolam renang skala Olimpik ini nanti.



Selepas itu, kami pergi ke Kem Bina Negara, Meru. Kami tidak dibenarkan mengambil gambar di sini. Ingat lagi nostalgia tahun 1996. Disini KK mengikuti Kurusu Biro Tatanegara. Dulu. Kenangan Telur dan Batu Bata selain masuk hutan.




Salam 1 Malaysia dari kami.



Maaf gambar ini lupa nak delete.! Macam Cik Pelangi tak?

Nota Kaki Pian:

1. Lawatan ini dilakukan sebelum bulan Ramadhan.
2. Pihak jawatankuasa Hari Keluarga JPSM telah memilih lokasi di Taman Tasik Titiwangsa. 2 Tiada 'Bina Semangat', yang ada hanya gotong royong memasak yang akan diberitahu kelak.
3. KK dan Pian dilantik AJK Sukaneka dibawah Encik Zul
4. Sila daftar nama anda, yang berminat untuk AJK Memasak kepada Encik Anuar, Bahagian Perkhidmatan ( Ketua Memasak )

Bantuan Khas Kewangan



Ini bukan duit Bantuan Khas Kewangan.


Tapi ini duit 'baru' untuk ditukarkan sempena Raya


Adakah duit ini mampu menjelaskan pinjaman perumahan kerajaan?

"Duit ini nak bagi kepada budak-budak yang datang beraya." kata Ayoi
"RM 1.00 tidak mencukupi bagi kat kanak-kanak zaman sekarang." kata seorang murid tahun 3




Terima kasih kepada anak Abang Jamal yang membantu pertukaran duit baru ini.
Duit baru memang bau sedap dari Bank Rimau. :)



Dugaan Bulan Ramadhan

Baru-baru ini salah seorang kakitangan Bahagian Perkhidmatan, Izwan aka Wan telah ditimpa kemalangan yang mengakibatkan kaki kiri beliau cedera dan juga sedikit urat kaki kiri tersebut putus.

Kemalangan ini berlaku semasa Wan menunggang motosikal untuk pulang ke rumah di Sungai Buloh.


Jalan yang berpasir dan licin adalah punca kemalangan tersebut.


Rakan-rakan hadir melawat Wan di Hospital Sungai Buloh.





Melawat Wan di kediamannya setelah berapa hari keluar dari Wad





Harap WAN cepat sembuh dan kembali bekerja dengan penuh bersemangat. Bersabarlah dengan ujianNYA di bulan Ramadhan yang mulia ini ye Wan. Ujian ini penuh dengan hikmah.

Majlis Meraikan Pesara

Quote of The Day :
"143 persons "graduated" (retired) from DBKL (July 09 - Aug 10) this morning. My turn coming soon in 6 years time " - Mr. Peter Ong





Daripada jumlah 143 pesara itu:
Seramai 114 pesara yang bersara ( wajib/pilihan/atas sebab kesihatan )
Seramai 29 pesara telah meninggal dunia.



Ini bukan pesara, tetapi kakitangan Bahagian Perkhidmatan yang terlibat dalam menjayakan majlis persaraan ini. Terima kasih!


4 dalam 1:

1. Perhimpunan Bulanan
2. Majlis Persaraan
3. Sambutan Kibarkan Jalur Gemilang


4. Kempen Derma Darah. ( Tahniah penerima-penerima sijil penghargaan derma darah. 200 kali derma dalam sepanjang hayat!! )


Hiburan. Nyayian Jalur Gemilang dari Koir DBKL.





Ogos, Bulan Kemerdekaan


SUMPAH ANAK MERDEKA

Aku anak merdeka
Bangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wira
Inginku tebus maruah bangsa

Aku anak merdeka
Terjaga dari ranjang kecewa
Berpaksi gagah di panggung perkasa
Ingin ku bela nasib bangsa

Aku anak merdeka
Harapan nusa dan bangsa
Akan kutentang petualang negara
Yang tegar membuat angkara

Aku anak merdeka
Di hati semangat waja
Di dada penuh satria
Ini Tuah akan membela
Untuk kubalut luka lama

Serunai Faqir
Wangsa Maju






Patriotisme

Terima Kasih 'Cikgu' Siti Hasnah

Jasamu Dikenang

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu dan semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut hati
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan kami kenang sepanjang zaman.

Ahmad Sarju
Klang
1988







Dedikasi ini buat Kak CT..

Maaf tangan kiri

Terima kasih Cikgu Siti Hasnah. Yang mengajar..
Apa itu Skim Gaji Kabinet era 80-an
Apa itu Skim Gaji Saraan Baru ( SSB ) era 90-an
Apa itu Skim Sistem Saraan Malaysia (SSM)
Apa itu Elaun-elaun dalam Kerajaaan
Apa itu 'Cuti' Dalam Perintah Am

Nota: Puan Siti Hasnah dinaikkan pangkat secara pemangkuan seterusnya hakiki ke Jabatan Pembangunan & Pengurusan Peniaga Kecil.

Majlis Tahlil

(Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: “Masuklah ke dalam Syurga”. Ia berkata; “Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui. -Surah Ya-Sin Ayat 26.-



Terima Kasih Ustaz Mokhtar ( paling kiri ); kerana sudi memimpin perjalanan bacaan Surah Ya-Sin.



Macam biasa. Makan!



Terima Kasih buat Sheila, Kak Mala dan Kak Yus!!

Sistem ePBT Tingkat Kecekapan

Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Datuk Arpah Abd Razak, berkata penggunaan teknologi ini akan dapat meningkatkan kualiti taraf hidup rakyat dan imej kerajaan.


Bertempat di Tingkat 24 (Jumaat /16 Julai ), telah diadakan taklimat fasa pengenalan kepada sistem e-PBT yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Perbincangan ini dijalankan oleh wakil dari pihak vendor dan juga Bahagian Perkhidmatan. Ia dijalankan secara harmoni dan ceria tetapi serius.

Puan Mala ~ Memberi taklimat serta penerangan mengenai perjalanan e-PBT.


En. Param dari konsultansi/vendor ~ membicangkan kaedah modul yang dikehendaki.


Serius!



Perbicangan antara pegawai.


" Bila nak habis ni? hari ini Jumaat. Masjid mana Abang nak ziarah "- En. Jamal sedang berfikir jauh



Perbincangan e-PBT. Comfirm!


Perdebatan antara dua generasi. e-PBT!!


Powered By Blogger
Related Posts with Thumbnails

Info Blog

Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia adalah bahagian terbesar serta guna tenaga teramai dalam Jabatan Pengurusan Sumber Manusia beroperasi di Tingkat 24, Ibu Pejabat DBKL, Menara 1. Fungsi adalah berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan DBKL merangkumi Elaun, Cuti, Pinjaman, Pencen, Pengesahan Dalam Perkhidmatan ,Jawatankuasa Pakaian Seragam serta menyimpan fail peribadi kakitangan DBKL sejumlah lebih 10 ribu kakitangan. Blog ini telah dirasmikan oleh Encik Jamal KUP pada 27.7.09.
Upadate: Telah bertukar nama kepada Unit Persaraan & Kemudahan mulai bulan September 2011