Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 (APC 2009)

Saat yang dinantikan buat penerima anugerah hatta urus setia.
( Pesanan urusetia: sila klik 'dua' kali pada gambar-gambar dibawah untuk kesan lebih jelas serta untuk disimpan buat kenangan ( baca: aku tahu zam nak simpan koleksi ini,silakan )


APC 2009 : Statistik menunjukkan hampir 83% penerima APC Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar datangnya dari DBKL.


Daripada 768 APC DBKL, hanya 2 orang kakitangan daripada Bahagian Perkhidmatan terpilih berada dipentas Ballroom Marriot, iaitu..




Kak Mala
( Kak Mala tidak dapat hadir kerana arwah suami tercinta telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini. Salam takziah dari warga Bahagian Perkhidmatan. Kami juga merasai kesedihan pemergian arwah. Tabah dan kuatkan semangat Kak Mala. Al-Fatihah buat arwah.)

Kak Yus ( jiran sebelah meja KK )


MC belah kiri adalah bekas rakan sekolah KK. Alfian aka Ponco namanya. Suara dia sejak sekolah memang macho dan ada gaya Mahathir Lokman. 13 tahun tidak bersua. Beliau bertugas di Pejabat Pengarah, Tanah dan Galian di bawah Kementerian Wilyah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.



Upucara perasmian dimulakan.



Sebahagian dari penerima APC (ex officemate Fizah Maarop?)
Bini mereka tentu risau, kenapa suami hari Khamis pakai baju Melayu. Butang Baju Melayu mana Pah?!



Siap sedia Kak Yus! Zam control macho?


Kak Yus dalam skrin layar.


Kak Yus luar skrin layar :)

Setelah selesai, acara bergambar pun bermula


Pakaian Terbaik APC 2009? Tahniah Bro!




Maaf gambar dibawah dah berterabur, layan jelah.










Tamat, jumpa lagi tahun depan ya!


Nota Kaki : Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Jutaan terima kasih kepada Zamri dan Khai yang sudi membawa aku, Pian dan Shad ke Presint 9 menonton Piala Dunia. Rupanya Putrajaya ada restoran mamak yang meriah seperti AliMa dan Bangsar.

0 ulasan:

Post a Comment

Komen pembaca

Powered By Blogger
Related Posts with Thumbnails

Info Blog

Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia adalah bahagian terbesar serta guna tenaga teramai dalam Jabatan Pengurusan Sumber Manusia beroperasi di Tingkat 24, Ibu Pejabat DBKL, Menara 1. Fungsi adalah berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan DBKL merangkumi Elaun, Cuti, Pinjaman, Pencen, Pengesahan Dalam Perkhidmatan ,Jawatankuasa Pakaian Seragam serta menyimpan fail peribadi kakitangan DBKL sejumlah lebih 10 ribu kakitangan. Blog ini telah dirasmikan oleh Encik Jamal KUP pada 27.7.09.
Upadate: Telah bertukar nama kepada Unit Persaraan & Kemudahan mulai bulan September 2011