Bila Blog Sudah Di Blok




Salam, maaf sudah lama tidak memblog
1,2,3,4,5 bulan mungkin sudah bersarang kipas lipas disini dan meminta bantuan unit kawalan vektor atau Aduan Rakyat TV3 untuk membersih :)

Dimaklumkan blog ini tidak berfungsi secara normal sejak kebelakangan ini waima ada internet.
Hal ini disebabkan blog ini bergantung harap kepada intranet DBKL dan bukanya Maxis Broadband atau Celcom Blue.

Saban hari facebook meningkat hitnya dan Yahooo Masanger sudah tidak diendahkan lagi. Satu fenomena dimana facebook menjadi kegilaan dan menjadi medium kepada kerajaan melalui 1 Malaysia. Taniah 1 Malaysia sudah ada dalam 'muka buka' ini. Dimana-mana sudah ada akaun facebook, ada permainan yang pantas serta komen yang boleh dibalas cepat sambil pemegang akaun facebook menunggu komen seterusnya dengan cepat tdak seperti blog. Harap ini tidak ganggu gugat kerja anda.

Semakin ramai yang beratur di Maxis Centre KLCC yang inginkan kemudahan internet dengan kadar segera. Cuba bayangkan ada 10 ribu kakitangan kerajaan, sudah untung berapa banyak Ananda Krishnan yang tersenarai orang terkaya di Malaysia. Masyuk!

Pun begitu ucapan terima kasih kepada peminat blog ini yang semakin hari semakin berkurangan.Heheee! Teriama kasih kepada Jalur Lebar KL dapat juga memblog!!

Walaupun kita bergembira janganlah lupa kepada Abang Jamak kita yang telah ditimpa kemalangan baru-baru ini, beliau kini berehat sambil menjaga anak dan menikmati makan yang sedap. Moga cepat sembuh kami doakan.

Kepada pencinta seni teater tunggu kemunculan Torres bertajuk Keris Pulang Ke Liverpool di panggung teater yang berdekatan

Nota Kaki Tain:

Wikipedia 'Muka Buku' : Saya Fanatik Muka Buku
Wikipedia ' Versi Terjemahan Pelangi ': History Of Facebook
Baca juga Ananda Krishnan

0 ulasan:

Post a Comment

Komen pembaca

Powered By Blogger
Related Posts with Thumbnails

Info Blog

Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia adalah bahagian terbesar serta guna tenaga teramai dalam Jabatan Pengurusan Sumber Manusia beroperasi di Tingkat 24, Ibu Pejabat DBKL, Menara 1. Fungsi adalah berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan DBKL merangkumi Elaun, Cuti, Pinjaman, Pencen, Pengesahan Dalam Perkhidmatan ,Jawatankuasa Pakaian Seragam serta menyimpan fail peribadi kakitangan DBKL sejumlah lebih 10 ribu kakitangan. Blog ini telah dirasmikan oleh Encik Jamal KUP pada 27.7.09.
Upadate: Telah bertukar nama kepada Unit Persaraan & Kemudahan mulai bulan September 2011