Selamat Tinggal Failku Sayang

" Salam, nama saya Fail Induk, badan saya berwarna biru dan ada tali hijau di tepi badan saya untuk memasukan minit dan surat . Badan saya ditebuk oleh penebuk Sifu Lee. Dulu saya sangat smart lagi handsome berbanding Brad Pitt atau Shah Rukh Khan. Sekarang saya di lemaparkan begitu sahaja, kadang kala saya dipjiak. Nasib baik saya tak ada kaki. Kalau ada, dah lama saya pijak badan manusia yang pijak saya "


" Ini tuan saya, ada dua orang namanya Sheila, masih lagi bujang dan Asri dah kahwin anak dua, mereka lah menjaga saya, saya suka tangan Shelia kerna dia lembut menjaga saya "

" Kini masa semakin berlalu, saya sudak memboyak ( memboyak bererti lampiran dalam fail itu menebal dan melebihi 100 helai ), saya akan di tutup bersama-sama sekutu saya yang lain "

" Inilah musuh saya, dialah yang menukarkan kehidupan bahagia kami, seperti lagu Uji Rashid & Hail Amir- Menuggu Nasi Minyakmu "

" Inilah tempat saya dan sekutu yang lain akan dihumban disini, bilik stor di JKA, Cheras amat menakutkan. Gelap dan sunyi. Teringat filem Sumpah Orang Minyak yang menyeramkan "
" Saya dijadikan bahan untuk mamat ini menunjukkan kerajinan di dalam blog "

" dan ini juga yang membawa saya ke sini "


" Disini bermula kehidupan saya, berhabuk dan menimbun. Nasib baik tiada buaya atau rimau di sini cuma pepijat sahaja "

" Ketua Pengurusan Fail, Encik Jamal, membuat pengiraan tahun yang bakal di hantar..
" Ke Arkib Negara.."

" Encik Jamal sedih meninggalkan saya keseorangan, selamat tinggal failku sayang..rintih Encik Jamal "

0 ulasan:

Post a Comment

Komen pembaca

Powered By Blogger
Related Posts with Thumbnails

Info Blog

Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia adalah bahagian terbesar serta guna tenaga teramai dalam Jabatan Pengurusan Sumber Manusia beroperasi di Tingkat 24, Ibu Pejabat DBKL, Menara 1. Fungsi adalah berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan DBKL merangkumi Elaun, Cuti, Pinjaman, Pencen, Pengesahan Dalam Perkhidmatan ,Jawatankuasa Pakaian Seragam serta menyimpan fail peribadi kakitangan DBKL sejumlah lebih 10 ribu kakitangan. Blog ini telah dirasmikan oleh Encik Jamal KUP pada 27.7.09.
Upadate: Telah bertukar nama kepada Unit Persaraan & Kemudahan mulai bulan September 2011