Penolong Pengarah Perkhidmatan Selamat Bersalin

( Penolong Pengarah Perkhidmatan bersama bayi lelaki yang comel yang bernama Adi Zafran )
sila klik gambar untuk lebih besar dan jelas. Tiada sebarang bayaran dikenakan.:)

Pukul 9:00 am. Pusrawi. 26 Ogos 2009 bersamaan 5 Ramadhan 1430H.
Lahirnya seorang putera buat Puan Hasanah ( Penolong Pengarah Perkhidmatan ) dan juga suami,
selamat bersalin secara normal.
Bahagian Perkhidmatan, JPSM mengucapkan tahniah dan syukur dengan kelahiran ini lebih-lebih lagi di Bulan Ramadhan yang penuh dengan kerahmatan.


Kak Mala cuba mendodoikan baby dengan lagu Raya :)


Di mana Kak Mala?

"Yepii! dapat adik! " teriak gembira anak sulung Puan Hasnah sambil Kak Mala di belakang tidak berjaya interframe.

Sekali gaya macam Doktor Pakar Sakit Puan tapi ada tag DBKL da!
Baca : Kak Mala mempunyai antibodi yang kuat sehingga tidak perlu memakai topeng H1NI di Pusrawi. :)

Nota Kaki : Terima kasih kepada jurufoto pelatih Cik Shiela yang sudi mengambil gambar untuk blog ini kerana kaum lelaki perkhidmatan tidak dapat pergi. Terpaksa jaga pejabat! Buat baby Adi Zafran jangan lupa kumpul duit raya banyak-banyak, masyuk!!

Saya Sayang Daddy dan Mama.


" Hai! Nama kite Nur Aina Batrisyia. Kite sangat comel dan cute. Nama Daddy kite, Encik Ayoi dan Mama kite pula, Puan Rozie. Saya ada seorang adik pompuan, saya nak adik lagi boleh tak ? Kite ada blog tau. Apa! Ingat Abg K.K dan Abg MatSiong jer ker ada blog, kite pun ada blog tau. "


Ini kita dengan kereta BMW, Daddy kite beli keta BMW RM 2.1 Juta kat Tesco. Rim Sport 28 inci serta tiada bumbung atas. Kerete ini sangat laju boleh pecut sehingga moto Abg K.K makan asap je tau!

"Kite nak ucapkan selamat berpuasa, puasa tau jgn tak puasa. Kite puasa ye!"
Oh ye, ni blog family kite --> ayoi@family

Nota Kaki: Membina Blog Aina, seperti aku dah ado anak@baby. :)..nyet nyet nyet bunyi Rabbit

Selamat Tinggal Failku Sayang

" Salam, nama saya Fail Induk, badan saya berwarna biru dan ada tali hijau di tepi badan saya untuk memasukan minit dan surat . Badan saya ditebuk oleh penebuk Sifu Lee. Dulu saya sangat smart lagi handsome berbanding Brad Pitt atau Shah Rukh Khan. Sekarang saya di lemaparkan begitu sahaja, kadang kala saya dipjiak. Nasib baik saya tak ada kaki. Kalau ada, dah lama saya pijak badan manusia yang pijak saya "


" Ini tuan saya, ada dua orang namanya Sheila, masih lagi bujang dan Asri dah kahwin anak dua, mereka lah menjaga saya, saya suka tangan Shelia kerna dia lembut menjaga saya "

" Kini masa semakin berlalu, saya sudak memboyak ( memboyak bererti lampiran dalam fail itu menebal dan melebihi 100 helai ), saya akan di tutup bersama-sama sekutu saya yang lain "

" Inilah musuh saya, dialah yang menukarkan kehidupan bahagia kami, seperti lagu Uji Rashid & Hail Amir- Menuggu Nasi Minyakmu "

" Inilah tempat saya dan sekutu yang lain akan dihumban disini, bilik stor di JKA, Cheras amat menakutkan. Gelap dan sunyi. Teringat filem Sumpah Orang Minyak yang menyeramkan "
" Saya dijadikan bahan untuk mamat ini menunjukkan kerajinan di dalam blog "

" dan ini juga yang membawa saya ke sini "


" Disini bermula kehidupan saya, berhabuk dan menimbun. Nasib baik tiada buaya atau rimau di sini cuma pepijat sahaja "

" Ketua Pengurusan Fail, Encik Jamal, membuat pengiraan tahun yang bakal di hantar..
" Ke Arkib Negara.."

" Encik Jamal sedih meninggalkan saya keseorangan, selamat tinggal failku sayang..rintih Encik Jamal "

Iklan Yang Tidak Berbayar


Cuba teka apa nama patung ni

Kalau arip perjawatan jual talipon bimbit. Saya pun nak jual bear.
Jual patung beruang dalam online.Jual beruang dan tiger.Besar!tapi patung jgn kau risau.
Tak makan manusia punya.

Bermacam binatang, ada buaya paya, beruang, tapir, itik dan binatang favourite aku En. arnab,..nyet..nyet.

Bukan aku punya tapi aku tolong promosi. Ini bukan cari kaki downline MLM atau rumpai laut.Beli jgn tak beli aku cuma agen 25% Tiga Abdul aje.

Bulan puasa ini, kau letak bukan sahaja patung je tapi batu granit kau calour warna-warni pun ada akan orang sambar beli. kau beli bear patung tu, kau peluk puas-puas sampai lebam.

oh ya! boleh bayar ansur-ansur beli patung bear macam kau buat loan rumah kerajaan atau bank. Tapi beli patung bear ni tiada bunga dijamin oleh Persatuan Pengguna Penang.

Makwe-makwe ( dalam kurungan Pelangi) mesti teruja nak beli Puuh..maaf salah eja POOH! atau Barney!
Pakwe-pakwe pun boleh beli juga tapi pas tu korang mesti gi bilik air menagis sorang sebab duit rokok habis beli patung puuh untuk awek tercinta..maaf salah eja POOH la!

Beli dan sokong barangan tempatan tau.Jangan beli made in Siam atau made in Bangaladesh.
Memang cool jika kau memiliki bear ni di malam raya sambil nyanyi lagu Musafir Di Aidifitri S.Jibeng.
Tapi jikalau aku bawak balik kampung, mak mesti hangin satu badan sebab dia anti patung. Aku penah beli patung Sinchan untuk adik. Mak aku humban dalam sungai belakang umah.

Nota kaki sifu lee: Telifem Fail Ke Arkib terpaksa ditangguhkan kerana aktres dah tarik diri ot tak bayar.

Online Beli Patung Bear : COOL TO BE BEAR

Perjalanan Ke Arkib Negara Part 1

Fail-fail ini telah ditutup, bukan disebabkan oleh virus H1N1 tetapi atas prosedur sistem fail dan juga arahan arkib negara. Ikuti kisah perjalanan fail ini, satu alat GPS telah dilekatkan dengan salotip untuk memantau pergerakan fail ini oleh En. Jamal bersama gajet telefon 3G Nokia N96. Perjalanan sulit ini akan bermula bila-bila masa diketuai oleh Sifu Lee dan sekutu-sekutunya dengan memikul fail seberat berkati-kati. Saksikan pengembaraan hebat ini hanya di jpsm2u. Berbaloi-baloi!

Pelakon:

Aktor : En. Jamal Pak Tongkol
Aktres : Cik Shiela
Pembantu Aktor : Asri
Pembatu Aktres : Tiada ( tak cukup bajet nak bayar )
Pembantu Aktor : En Jamal Pak Tongkol lagi ( menggunakan teknik copy dan paste )
Megat Komeng ( watak jahat ) : Wan gcr
Dikuasakan oleh Rojak Jalan Bellamy Sebelah Istana Negara

Pengarah : Sifu Lee fdam

Nota tangan : Tiada kaitan dengan filem upin dan ipin atau Gerak Khas The Movie serta drama Koliwon.

Floria Putrajaya 2009

Bahagian Perkhidmatan, JPSM telah menghatar wakilnya melalui PUSPANITA ke pertandingan Gubahan Orkid Sempena Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2009 ( FLORIA 2009 ). Kumpulan yang disertai oleh Kak Radhiah, Kak Yuslaila dan Kak Siti Hasnah telah muncul JUARA bagi kategori PUSPANITA agensi! Tahniah! ! Pertandingan ini diadili oleh panel juri terdiri daripada Y.Bhg Datin Nafesah Raja Nong Chik, isteri Menteri Wilayah Persekutuan dan panel juri jemputan.

Gubahan Orkid Terbaik Kategori Puspanita-Agensi


Dari kiri: Puan Yuslaila, Puan Radhiah ( Ketua ), Puan Siti Hasnah
(Juara Agensi )


Tema : Kemeriahan Warna ( Celebration of Calours )

Jika berminat membuat tempahan untuk hantaran pertunangan atau hadiah untuk arnab baru lahir sila hubungi Kak Radhiah

Sekitar Floria 2009, bukan sahaja bunga orkid pelbagai bunga termasuklah bunga yang sesuai untuk mereka yang tengah hangat bercinta. Bunga memainkan peranan sentimental kepada seseorang . Maaf bunga api tiada dijual di sini tunggu pesta bunga api di Jalan TAR dalam masa terdekat ini

Rumah Peranginan Port Dickson

IKLAN: EKSLUSIF!!! DENGAN HANYA PENGINAPAN RM20


Pastinya anda terpukau, tempat yang tenang untuk baru berkahwin berbulan madu (klik kiri tetikus dua kali untuk melihat imej besar )

Setaraf Hotel Lima Bintang serta mempunyai kolam renang dan tiada kolam ikan


Ada ASTRO , mempunyai pakej asto Vanavil serta saluran Arab dan berdekatan pantai untuk aktiviti renang kuak Kupu-Kupu

Dapur yang elegan sesuai untuk main-main masak



Jutaan Teriman Kasih Yang tidak terhingga buat Encik Romzi serta isteri ( penjaga rumah peranginan DBKL PD ) yang telah memberi perkhidmatan terbaik serta layanan senyuman mesra walaupun deman kepada penulis.


Encik Romzi (baju biru ) - Penjaga Rumah Rehat PD DBKL

Jasa beliau bersusah payah menyediakan kelengkapan serta menunggu ketibaaan KMK lewat petang dari pagi. Penulis doakan abg cepat sembuh ( penyakit jantung )

Beliau menceritakan pelbagai ragam kakitangan DBKL yang menginap disini tapi beliau tetap memberi perkhidmatan terbaik. Ingatlah beliau juga kakitangan DBKL seperti kita. Janganlah menyusahkan beliau, bila chek-out silalah buanglah sampah, kemas balik dan janganlah merosakan kerusi sofa.

Untuk Maklumat Tempahan sila berjumpa Encik Azmi ( Tingkat 23 )

Kumpulan Meningkat Mutu Kerja


Tarikh: 31 julai-2 ogos 2009
Tempat:Rumah Peranginan DBKL Port Dickson
Fasilitator: Pengarah JPSM 2009
Ketua Kumpulan: Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan
Nama Kumpulan: TELUS
Tajuk: Elaun Lebih Masa Semakin Meningkat
Objektif: Menyiapkan Draf Ke Peringkat Punca Masalah


Pendaftaran


Penulis Sedang Sibuk Mengira Statistik Ikan Bakar Malam ini :)


Pengamiran+Hukum Newton = Ikan Patin

Bersama Team Kawan Makan Ikan


Bergambar sebelum bertolak ke laut mencari Ikang




Powered By Blogger
Related Posts with Thumbnails

Info Blog

Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia adalah bahagian terbesar serta guna tenaga teramai dalam Jabatan Pengurusan Sumber Manusia beroperasi di Tingkat 24, Ibu Pejabat DBKL, Menara 1. Fungsi adalah berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan DBKL merangkumi Elaun, Cuti, Pinjaman, Pencen, Pengesahan Dalam Perkhidmatan ,Jawatankuasa Pakaian Seragam serta menyimpan fail peribadi kakitangan DBKL sejumlah lebih 10 ribu kakitangan. Blog ini telah dirasmikan oleh Encik Jamal KUP pada 27.7.09.
Upadate: Telah bertukar nama kepada Unit Persaraan & Kemudahan mulai bulan September 2011