Kejohanan Futsal Tertutup JPSM 2009

Bahagian Perkhidmatan telah menganjurkan Pertandingan Futsal Tertutup JPSM, Encik Asri dan Hanif telah dipilih oleh diri mereka sendiri untuk menjadi penganjur kejohanan.

Pertandingan ini telah dijalankan pada 20.6.2009 antara jam 8.00 malam hingga 12.00 malam, bertempat di kompleks Sukan Bangsar. Pertandingan ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim dan menghilangkan tekanan kerja disebabkan oleh ISO. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada peserta yang mengorbankan sedikit masa terutamanya Encik Razman yang penat balik dari Klang kabarnya, Encik Rosmaini dan isteri, awek-awek JPSM yang sudi menyokong Arif dan Aziz, berikut adalah keputusanya :




Juara
( dari kiri: KK,ISA 'Ronaldo',Lokman ' Terry ', Syazwan 'Gerrad ', Hairy 'Potter' dan duduk : Arif 'Van Der Sarr' )




Naib Juara
( pada awalnya team ini dijangka team Belasahan, sungguh mengejutkan team lawak ini layak ke final )




Ketiga

( Team Red Devil@Dusun Tua ini sememangnya kuat tetapi nak buat macam mana sedangkan Harimau Muda FC kalah dengan Felda United :) )



Keempat

( Team Hanif Penganjur yang bakal disebut juara, terpaksa berpuashati dgn air mineral dan buah epal Chow Kit aje )



Kelima
( team kuda tua ini, pada awalnya mendapat sponsor daripada Adidas Made In Thailand tetapi En Zali sudah tersalah beli da, ini bukan jersi futsal tapi ini jersi Bola Jaring Lelaki )


0 ulasan:

Post a Comment

Komen pembaca

Powered By Blogger
Related Posts with Thumbnails

Info Blog

Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia adalah bahagian terbesar serta guna tenaga teramai dalam Jabatan Pengurusan Sumber Manusia beroperasi di Tingkat 24, Ibu Pejabat DBKL, Menara 1. Fungsi adalah berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan DBKL merangkumi Elaun, Cuti, Pinjaman, Pencen, Pengesahan Dalam Perkhidmatan ,Jawatankuasa Pakaian Seragam serta menyimpan fail peribadi kakitangan DBKL sejumlah lebih 10 ribu kakitangan. Blog ini telah dirasmikan oleh Encik Jamal KUP pada 27.7.09.
Upadate: Telah bertukar nama kepada Unit Persaraan & Kemudahan mulai bulan September 2011