Terima Kasih 'Cikgu' Siti Hasnah

Jasamu Dikenang

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu dan semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut hati
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan kami kenang sepanjang zaman.

Ahmad Sarju
Klang
1988







Dedikasi ini buat Kak CT..

Maaf tangan kiri

Terima kasih Cikgu Siti Hasnah. Yang mengajar..
Apa itu Skim Gaji Kabinet era 80-an
Apa itu Skim Gaji Saraan Baru ( SSB ) era 90-an
Apa itu Skim Sistem Saraan Malaysia (SSM)
Apa itu Elaun-elaun dalam Kerajaaan
Apa itu 'Cuti' Dalam Perintah Am

Nota: Puan Siti Hasnah dinaikkan pangkat secara pemangkuan seterusnya hakiki ke Jabatan Pembangunan & Pengurusan Peniaga Kecil.

Majlis Tahlil

(Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: “Masuklah ke dalam Syurga”. Ia berkata; “Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui. -Surah Ya-Sin Ayat 26.-



Terima Kasih Ustaz Mokhtar ( paling kiri ); kerana sudi memimpin perjalanan bacaan Surah Ya-Sin.



Macam biasa. Makan!



Terima Kasih buat Sheila, Kak Mala dan Kak Yus!!

Sistem ePBT Tingkat Kecekapan

Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Datuk Arpah Abd Razak, berkata penggunaan teknologi ini akan dapat meningkatkan kualiti taraf hidup rakyat dan imej kerajaan.


Bertempat di Tingkat 24 (Jumaat /16 Julai ), telah diadakan taklimat fasa pengenalan kepada sistem e-PBT yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Perbincangan ini dijalankan oleh wakil dari pihak vendor dan juga Bahagian Perkhidmatan. Ia dijalankan secara harmoni dan ceria tetapi serius.

Puan Mala ~ Memberi taklimat serta penerangan mengenai perjalanan e-PBT.


En. Param dari konsultansi/vendor ~ membicangkan kaedah modul yang dikehendaki.


Serius!



Perbicangan antara pegawai.


" Bila nak habis ni? hari ini Jumaat. Masjid mana Abang nak ziarah "- En. Jamal sedang berfikir jauh



Perbincangan e-PBT. Comfirm!


Perdebatan antara dua generasi. e-PBT!!


Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan


PENCERAMAH:
AHMAD FAUZI BIN AWANG TIMBALAN PENGARAH (OPERASI) JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN WILAYAH PERSEKUTUAN





Berikut beberapa sedutan dari penceramah:

Office Of Horrors
Mungkin ada antara kita, dipejabat yang seperti begini?



Ideal Office
(sila klik dua kali untuk imej lebih jelas)
Sumber: Dari slaid penceramah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan




Ada pameran di luar auditorium:



Sambutan dingin adakah kurang promosi. Cuba tiru promosi Dr. Rozmey, mungkin ramai yang datang: :)


Masa rehat sambil membincangkan isu keselamatan di tempat kerja:



Nesya : Senyum kerana Sepanyol muncul juara dunia pagi tadi..uhuhu!


" Walaupun mengantuk tengok piala dunia, tapi tugas dibelakang tabir perlu diutamakan"

Pesanan Untuk Anda. Utamakan keselamatan ditempat kerja:


Maklumat lanjut sila ke Laman Web Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Malaysia: http://www.dosh.gov.my/doshV2/

Staff Baru: Encik Razali bin Talib

Ini ada satu teka teki. Siapakah staff yang baru ditukarkan di Bahagian Perkhidmatan?!
Pilihan jawapan berada dibawah ini, jika anda bijaksana yang mana Encik Razali staff baru itu? Maaf, tidak dibenarkan mengunakan sotong untuk mendapatkan jawapan :=)
A, B, C atau D!



A..Adakah yang ini?



B. Adakah yang ini atau yang tengah memanjat itu?



C: Yang tekun ini? (dah tentu bukan perempuan )
:)



D. Atau yang serius ini? Jawapannya ialah ..







Taraa! Inilah dia Encik Razali bin Talib, staff baru Bahagian Perkhidmatan. Walaupun serius dan tekun bekerja tetapi beliau amat ramah dan mesra alam. Yang paling penting beliau suka makan mamak. Errr, maksud saya bukan makan mamak tapi makan di Restoran Mamak.


" Abang ingin ucapkan selamat berkenalan kepada seluruh dunia yang melihat blog ini. Jangan lupa makan Nasi Kandar kat line clear Penang " - Encik Razali


Nota Kecil : Encik Razali ditukar lantik dari OMD yang telah dijumudkan. Beliau telah berkhidmat hampir 33 tahun manakala Encik KK baru 3 tahun. Heheh!

Gambar yang lain di atas adalah:

A. Asyraf
B. Abang Jamal
C. Farah Ailis ( pelajar praktikal )


Powered By Blogger
Related Posts with Thumbnails

Info Blog

Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia adalah bahagian terbesar serta guna tenaga teramai dalam Jabatan Pengurusan Sumber Manusia beroperasi di Tingkat 24, Ibu Pejabat DBKL, Menara 1. Fungsi adalah berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan DBKL merangkumi Elaun, Cuti, Pinjaman, Pencen, Pengesahan Dalam Perkhidmatan ,Jawatankuasa Pakaian Seragam serta menyimpan fail peribadi kakitangan DBKL sejumlah lebih 10 ribu kakitangan. Blog ini telah dirasmikan oleh Encik Jamal KUP pada 27.7.09.
Upadate: Telah bertukar nama kepada Unit Persaraan & Kemudahan mulai bulan September 2011