Ini bukan slot Astro, Rancangan Discovery Channel : World's Toughest Jobs ..Heheheh!
Dari Tingkat 24 Aras Laut.
En. Jamal yang sibuk mencuci longkang tersumbat.
Dengan penuh sukarela dan tegar menyapu longkang yang dipenuhi sampah kecil.
Kerja ini sukar kerana memerlukan semangat dan daya lompatan yang ultra.
Keselamatan paling utama. Bukan main-main.
Mengikut kamus Dewan edisi keempat
Gayat bermaksud
berasa ngeri atau pusing (melihat ke bawah atau ke dlm dr tempat yg tinggi), gamang;penggayat orang yg mudah berasa gayat.
Tapi En. Jamal cool orangnya!
"Dulu abang pun gayat juga tapi tiap-tiap bulan dah biasa dah. Abang gayat dengan ikan je, maaf abang merosakkan kata adjektif 'gayat' kamu !!"
Pemimpin datang dan pergi.
Siapakah akan mengantikan 'tempat' En. Jamal nanti?
Rancangan Realiti bertajuk 'Abang Jamal Wanabe' akan muncul?!
Kah Kah!
Nota: Sepanjang pengambaran ini, saya amat risau kerana tangan Abang Jamal baru sembuh dari kemalangan beberapa bulan yang lalu.