Terdapat 5 jenis persaraan dibawah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia ( JPA ) iaitu :
- Persaraan Paksa Dibawah Seksyen 10 Akta 227/239 ( Bersara Wajib, Bersara Atas Sebab Kesihatan, Bersara Jawatan Yang Disandang Dihapuskan, Persaraan atas sebab penyusunan semula organisasi, Persaraan Atas Sebab Kepentingan Awam dan sila rujuk JPA sebab banyak sangat )
- Persaraan Di Atas Kehendak Kerajaan Atau Menteri Di bawah Seksyen 11 Akta 227/239
- Persaraan Pilihan Dibawah Seksyen 12 Akta 227/239
- Persaraan Kerana Penswastaan Agensi Kerajaan Dibawah Seksyen 10(5)(b), 12 dan 12A/13 Akta 227/239
- Faedah Penamatan Perkhidmatan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980
Tuan Haji Mahfulz ( Bahagian Perjawatan, JPSM ) bakal pesara tahun 2010 sedang berurusan dengan Puan Siti Radiah mengenai malumat pencen. Beliau akan bersara pada 4 June 2010.
Sudah hampir 36 tahun berkhidmat dengan DBKL.
Perjalanan hidup yang sangat hebat! Suka dan duka yang akan memahat memori indah buat Haji Mahfulz.
Bahagian Perkhidmatan mengucapkan tahniah dan selamat bersara buat Tuan Haji Mahfulz.
Jasa dan budi yang ditabur akan kami kenang khususnya Jabatan Pengurusan Sumber Manusia! Syabas!!
Paparan di atas menunjukkan pengiraan anggaran sahaja bagi bakal pesara wajib.
Ini anggaran wang ganjaran Cik Pelangi jiran 'meja' kepada Tuan Haji Mahfulz.
Wang Ganjaran Cik Pelangi yang akan diterima jika beliau bersara secara anggaran adalah RM 100,125.00!
Itu belum lagi jumlah pencen bulanan setiap bulan.
Itu belum lagi jumlah pencen bulanan setiap bulan.
Pehh! Boleh buka kedai cendermata pelik-pelik . Jual Mug 'Gergasi'. Uhuhuhu! (sila klik paparan di atas 2 kali untuk imej yang jelas )
Pautan Portal Pencen JPA : Mari Mengira Ganjaran Pencen Anda!
*sila ambil perhatian, gaji tertakluk kepada gaji terakhir sebelum bersara nanti dan tarikh mula berkhidmat adalah tarikh dilantik Tetap.
Nota Kaki : Hak Penyiaran Ekslusif Puan LE (perjawatan ) diblog ini sempena perpindahan beliau masih lagi belum diluluskan :)
Nota Kaki : Hak Penyiaran Ekslusif Puan LE (perjawatan ) diblog ini sempena perpindahan beliau masih lagi belum diluluskan :)